MAHFUZAN GADDAFI LUBIS AL-TAMARLI

ismi MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD, sedang menyambung pengajian di dalam Master in Syariah di UKM...

diriku seorang insan yang berjalan dimuka bumi Allah ingin mencari keredhaan Allah...diriku juga ingin mencari apa yang dikatakan sebagai ketenangan yang hakiki.....dan berada di dalam barisan harakah islamiah yang terus berjuangan menentang kebatilan yang berkuasa...

SYIAH, KARBALA DAN ASSYURA

Posted by hararahizbullah Saturday, December 26, 2009 2 comments



HARI ini, dua bandar yang dianggap suci oleh penganut fahaman Syiah di Iraq iaitu Karbala dan Najaf akan menjadi tumpuan.

Ia kerana di kedua-dua bandar berkenaan akan diadakan perayaan menyambut Assyura sempena 10 Muharram. Pengikut Syiah menjadikan tarikh berkenaan sebagai hari memperingati kematian Saidina Hussein. Mereka akan menyambutnya dengan cara memukul badan sendiri sehingga berdarah.

Berikutan itu pihak berkuasa Iraq sudah menetapkan akan mengerahkan hampir 50,000 anggota tentera dan polis bagi mengawal keamanan di kedua-dua bandar berkenaan. Ia bertujuan bagi mencegah sebarang serangan yang dikatakan melibatkan puak Sunni. Di Iraq, penentangan dan perbalahan antara dua puak Islam ini masih berterusan sehingga kini.

Perbalahan mereka dikatakan semakin memuncak apabila Saddam Hussein disingkirkan daripada jawatan Presiden melalui pencerobohan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003.

Langkah kawalan keselamatan yang ketat itu terpaksa dilakukan apabila pada Rabu lalu, dua terbunuh manakala 24 lagi cedera apabila sebutir bom meletup ketika mereka menghadiri salah satu acara sempena sambutan Assyura.

Komander tentera Iraq di Karbala, Jeneral Usma al Ghameni menyatakan, sebanyak 20,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di bandar itu.

Berikutan serangan berani mati yang kerap kali dilakukan oleh kaum wanita, Usman juga telah mengerahkan 600 anggota tentera wanita untuk bertugas.

Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Iraq itu adalah bagi memastikan peristiwa pengeboman yang terjadi ketika sambutan Assyura di Baghdad dan Karbala pada tahun lalu tidak berulang.

Dalam kejadian berkenaan lebih 170 pengikut Syiah terkorban sehingga ia menambahkan lagi ketegangan hubungan kumpulan itu dengan puak Sunni.

''Kita juga akan memastikan helikopter membuat pengawasan daripada udara bagi menghalang sebarang serangan mortar,'' kata Usman.

Bagi mengelakkan ketegangan, Komandan Polis Karbala, Al Jassim Mohammed menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang dilihat berunsur politik.

Ia memandangkan mereka tidak mahu sambutan itu dijadikan medan untuk berkempen memandangkan Iraq akan mengadakan pilihan raya Parlimen pada Mac nanti.

''Kami tidak akan membenarkan gambar calon atau mana-mana pemimpin politik dipamerkan. Ini adalah acara keagamaan maka ia tidak boleh dicemari dengan unsur politik,'' katanya.

Gabenor Karbala, Amal Adin al Her pula menjangkakan lebih sejuta pengikut Syiah akan mengunjungi bandar itu mulai semalam hingga hari ini.

''Jumlah ini termasuklah 60,000 orang dari negara-negara Teluk, Iran, Pakistan,'' katanya. Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

Pandangan ulama



Apa yang lebih menjadi perhatian kepada ulama-ulama besar ialah perbuatan pengikut Syiah yang mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.

Dalam Kitabnya al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', seorang ulama Musa al-Musawi menyatakan;

''Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Hussein.

''Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian Saidina Hussein. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lebanon pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan.

Perayaan

''Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala' hingga sampai kepada bait ini iaitu:

''Berapa ramai orang yang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh.''

''Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah SAW. dan kelebihan-kelebihan mereka.''

Kesimpulannya, puak Syiah mungkin alasan tersendiri tetapi sebagai umat Islam, marilah kita memahami sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

''Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

ADA APA DENGAN POLIANDRI??

Posted by hararahizbullah Friday, December 25, 2009 0 comments



slm shbt2, isu lelaki kahwin lebih daripada satu atau istilahnya poligami adalah perkara yang kadang-kadang dipertikai dan diseleweng oleh golongan-golongan yang jahil agama, contohnya Sister in Islam, golongan-golongan sekularisme, pluralisme dan liberlisme...malah mereka menyatakan jika agama membenarkan poligami di kalangan lelaki, mengapa wanita juga tidak dibolehkan kahwin lebih dari satu suami dalam satu2 masa atau disebut poliandri...

Poliandri adalah istilah yang digunakan untuk membenarkan seorang isteri bersuami lebih daripada satu dalam satu masa..Ramai orang termasuk orang Islam sendiri mempersoalkan kewajaran lelaki mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan "hak" yang sama dinafikan kepada kaum wanita. Sebelum itu, benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahwa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan ketaksamaan. Allah mencipta lelaki dan perempuan sebagai sama, tetapi keupayaan dan tanggungjawab berlainan. Lelaki dan wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa

Berikut disenaraikan dalil Islam melarang poliandri:

1.Dalil Al-Qur`an, adalah firman Allah SWT :

"dan (diharamkan juga kamu mengahwini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki." ( An-Nisaa` [4] : 24)

Ayat di atas yang berbunyi "wal muhshanaat min al-nisaa` illa maa malakat aymaanukum" menunjukkan bahawa salah satu kategori wanita yang haram dinikahi oleh lelaki, adalah wanita yang sudah bersuami, yang dalam ayat di atas disebut al-muhshanaat.

Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani berkata dalam an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam (Beirut : Darul Ummah, 2003) hal. 119 : "Diharamkan menikahi wanita-wanita yang bersuami. Allah menamakan mereka dengan al-muhshanaat karena mereka menjaga [ahshana] farji-farji (kemaluan) mereka dengan menikah."

Pendapat tersebut seiring dengan pendapat Imam Syafi’i yang menyatakan bahawa kata muhshanaat yang dimaksud dalam ayat tersebut bukanlah bermakna wanita merdeka (al-haraa`ir), tetapi wanita yang bersuami (dzawaatul azwaaj) (Al-Umm, Juz V/134).


2.Imam Syafi’i menafsirkan ayat di atas lebih jauh dengan mengatakan :

"Wanita-wanita yang bersuami –baik wanita merdeka atau budak— diharamkan atas selain suami-suami mereka, hingga suami-suami mereka berpisah dengan mereka kerana kematian, cerai, atau fasakh nikah, kecuali as-sabaayaa (iaitu budak-budak perempuan yang dimiliki kerana perang, yang suaminya tidak ikut tertawan bersamanya)… (bi-anna dzawaat al-azwaaj min al-ahraar wa al-imaa` muharramaatun ‘ala ghairi azwaajihinna hatta yufaariquhunna azwajuhunna bi-mautin aw furqati thalaaqin, aw faskhi nikahin illa as-sabaayaa…) (Imam Syafi’i, Ahkamul Qur`an, Beirut : Darul Kutub al-‘Ilmiyah, 1985, Juz I/184).

Jelaslah bahwa wanita yang bersuami, haram dinikahi oleh laki-laki lain. Dengan kata lain, ayat di atas merupakan dalil al-Qur`an atas haramnya poliandri.

Adapun dalil As-Sunnah, bahwa Nabi SAW telah bersabda :

"Siapa saja wanita yang dinikahkan oleh dua orang wali, maka [pernikahan yang sah] wanita itu adalah bagi [wali] yang pertama dari keduanya." (ayyumaa `mra`atin zawwajahaa waliyaani fa-hiya lil al-awwali minhumaa) (HR Ahmad, dan dinilai hasan oleh Tarmizi) (Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, hadits no. 2185; Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, Juz III/123).

Hadith di atas secara manthuq (tersurat) menunjukkan bahwa jika dua orang wali menikahkan seorang wanita dengan dua orang laki-laki secara berurutan, maka yang dianggap sah adalah akad nikah yang dilakukan oleh wali yang pertama (Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, Juz III/123).

Berdasarkan dalalatul iqtidha`1), hadith tersebut juga menunjukkan bahwa tidaklah sah pernikahan seorang wanita kecuali dengan satu orang suami saja.

Makna (dalalah) ini –yakni tidak sahnya pernikahan seorang wanita kecuali dengan satu suami saja – merupakan makna yang dituntut (iqtidha`) dari manthuq hadits, agar makna manthuq itu benar secara syara’. Maka kami katakan bahwa dalalatul iqtidha` hadits di atas menunjukkan haramnya poliandri.wallahua'lam..-sumber dari Dr Zakir Abdul Karim Naik

KOD MAKANAN YG MEMPUNYAI LEMAK BABI

Posted by hararahizbullah Sunday, December 20, 2009 0 comments



salam...shbt2, makanan yang kita makan perlu kepada ketelitian dari aspek bahan2nya..islam tidak mengajar umatnya makan sebarangan tanpa melihat halal dan haramnya..di sini ana lampirkan kod bahan2 makanan yang ada lemak babi..kod ini boleh dilihat di bhgian belakang bungkusan makanan, dibhgian bahan2 atau ingrediants..biasanye pada makanan yang berbungkus..kesahihan kod ini tidak dipastikan wahalua'lam, kerana ana dapat dari shbt ana..student bio food..dan shbt ada khabarkan kod ini sama seperti yg ditemui beliau semasa lawatan ke australia dan USM sendiri..tetapi sebagai langkah berjaga2 kita untuk tidak terjerumus ke lembah binasa...periksalah bungkusan makanan anda sekarang...berhati-hatilah kita dari syubah2 ini...

Reality of Jihad Bombing in my perspective,

Posted by hararahizbullah Thursday, November 19, 2009 1 comments




Recent rise of jihad bomb Harakah Muslim groups who oppose domination international Zionism (Jewish / Israel) and The Satanic Possession of the United States in various parts of the world. This is the belief that the group was not afraid of using these deadly tools in the struggle. Carrying a bomb taped to the body, like the bombers in humans in the war piloti. Equally driven by a human weapon. The risk was the same, even jihad bombing more "precision" in selecting targets rather than fighter planes took off "smart bomb" but in fact kill many innocent people like in Iraq and Afghanistan and Palestine.

Imagine our country was suddenly attacked by stealth bombers, F16 and American citizens as a result of RT-torn dead. Among the victims was the father-mother, your younger brother who still grade 1 go dead and your house was destroyed.

Meanwhile, a bomb due to stray from the "smart bomb" which is released from the American B2 bombers, too, exploded in a market that there happened to your lover is buying vegetables and fish. He was killed with his head as far apart as 300 m.

Then you live alone, all alone on this earth, no more relatives and the people around you that you love. Your country had reportedly gone to his knees in a matter of weeks later. Imagine, how would you feel then?



Well, not so long ago, rows of tanks, howitzers, helicopters and trucks, army trucks that are responsible to kill your relatives until well on your end of the village (at RT exactly where you had once lived as a child). Do you stand by and continue to cry? Or you come straight rows facing the tanks as the students of China in Tiananmen Square incident? Of course not!

You also would not be able to surrender with propaganda about the soldiers that they were coming to liberate your country from the cruel things.

Then there is a collection of young kids who want to fight the enemy, come to invite you to fight. But since no sophisticated weapons like they were, could not fight at close range. They all can kill you in the distance thousands of miles from where before you came to see them in the post-post. Satellite, spy plane unmanned, highly skilled radar sensors easily detect your presence long before you could think up to the enemy or not?



Then there is an effective technology to destroy them, namely, by attaching a bomb in your body and detonated near the enemy goal. Not possible because the bomb was removed from the body, and then detonated by "remote control" long-distance, while you can run far enough away from the bomb that brought. Because if such procedures were taken, you just bomb it off the jacket had been shot sniper from a distance or near. And you'll die in vain. Thus, jihad bomb technology, not a suicide bombing because killing self is forbidden in Islam.

Jihad bomb similar to that carried fighter planes and bombs in enemy territory in a very tight air defenses. Equally driven by a human bomb. Both have a high risk of broken and dead on the field of enemies. So could dikatakn Jihad bomb as a suicide bomb. This is the underlying thought some Islamic scholars who justify Jihad bombs to attack enemy targets on the front lines as dilakuakn the martyrs in Palestine, Iraq and Afghanistan and in other areas on earth that people hostile to Islam.

What about the death of target innocent civilians? Islam only prohibits killing children and women in combat areas if they are not caught armed resistance. But like the people of Israel for example, all citizens (women and men) were all reserve soldiers who are ready to fight to arms! So there is no ban on killing civilian women and men of the country! What about the people of the United States? Same thing! They are supported by taxpayers' political and loyal to their country, their money was later used His government to slaughter Muslims in many countries. So even though they were not directly involved.

FAHAMILAH KASIH SAYANG ALLAH SHBT2KU

Posted by hararahizbullah Sunday, November 8, 2009 0 comments


Salam ukhuwwah kerana Allah,

Kasih sayang Allah SWT tiada tolak bandingnya. Kasih Allah pasti membawa kepada kejayaan dan syurga berbanding kasih sayang manusia yang tidak semestinya membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan. Bahkan kasih saying yang tidak bertempat akan membawa kehancuran dan kebinasaan.

Bila seorang ayah atau ibu mengasihi anaknya dengan cara yang salah maka akan terjadilah seperti yang dipaparkan oleh Tan Sri P Ramlee di dalam filem ‘Anakku Sazali’. Sehingga untuk menegur kesalahan pun tidak tahu bagaimana untuk menyusun ayat agar tidak terguris perasaan si anak, maka inilah sebab kepada kehancuran anak itu. Bila tanda kasih adalah dengan mencurahkan kekayaan dan kemewahan serta menunaikan segala kehendak si anak, maka akan lahirlah anak yang sombong dan bongkak.

Allah SWT mencintai hambaNya dengan pelbagai cara yang sangat mengandungi unsur tarbiyyah dan didikan. Tidak ada makhluk yang paling dicintai oleh Allah SWT selain daripada Saiyyiduna Rasulullah SAW. Namun Baginda tidak pernah sunyi dari ujian, kepayahan dalam dakwah serta kesusahan dalam kehidupan. Adakah itu semua bermakna Allah SWT tidak mengasihi Baginda SAW?. Jawabnya tidak sama sekali tidak!. Rasulullah SAW pernah ditawarkan gunung ganang Makkan ditukar menjadi emas lalu diberikan kepada Baginda SAW. Namun Baginda SAW telah menolak tawaran tersebut dengan penuh adab serta dengan ilham dari Allah SWT. Sebaliknya Baginda SAW memohon supaya dijadikan kenyang sehari dan lapar sehari. Semuanya itu adalah kerana Baginda mahu menjadi hamba yang bersyukur.

Dalam masa yang sama, Allah SWT mendidik sekalian hambaNya bahawa kesenangan hidup dan kekayaan harta bukanlah segala-galanya, ia bukan sebab kepada kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Berapa ramai yang berputus asa dengan kehidupan dunia dan yang penuh tipu daya ini dan ramai jua yang telah tenggelam dengan mabuk dunia hingga hilang jatidiri dan rosaklah kejernihan hati.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah mengingatkan kita bahawasanya Allah SWT apabila mengasihi hambanya; maka Allah SWT akan menguji hambaNya itu dengan ujian serta musibah. Lalu sesiapa yang redha dan sabar, ia akan terpilih sebagai hamba yang sabar dan bersyukur di sisi Allah SWT. Terangkatlah ia di sisi Rabbul ‘Alamin sebagai hamba yang muqarrabin dan dekat denganNya lalu layak dicurahkan rahmat dan keampunan dariNya.

Sabar dan redha dengan ujian Allah jua menjadi sebab kepada terhapusnya dosa dan terangkatnya kedudukan dan darjat di sisi Allah. Semakina berat ujian maka semakin besarlah pahalanya dan semakin cerah peluang untuk dekat dengan Allah SWT. Rugilah mereka yang tidak diuji. Lebih besar kerugian mereka yang tidak sabar dengan ujian. Dan, siapa kita untuk tidak diuji oleh Allah SWT.

GEMPA DI PADANG..INGIN KU SINGKAP ISI HATIKU...

Posted by hararahizbullah Friday, October 2, 2009 1 comments


Dunia Asia Tenggara dikejutkan sekali lagi dengan gegaran gempa bumi di Padang, Indonesia yang mengobankan lebih seribu nyawa setakat ini dan dikhuariti lebih banyak yang terkorban di bawah runtuhan-runtuhan bangunan…Tsunami lagi berlaku pada waktu yang sama apabila gegaran gempa bumi berlaku di pulau kecil Samoa dan wilayah Amerika Syarikat, Samoa Amerika….


Kejadian ini mengingatkan ku semula kepada peristiwa yang alami sendiri pada Disember 2004…Ketika itu diriku berada di Medan, Indonesia..Pada suatu pagi, lebih kurang jam 8 pagi di rumah nenek ku di Medan. Kami bersarapan bersama-sama dan kami bercadang ingin bersiar-siar di Pantai Cermin selepas bersarapan dalam pukul 10 dan kami bersetuju..kerana aku kan pulang ke Malaysia 2 hari lagi jadi ingin bersiar-siar sebelum pulang. Siap bersarapan,ibu dan nenek ke dapur, ayahku dan atukku masih berbual di meja makan, adik-adikku terus keluar bermain dihalaman ruamah neneku bersama teman-teman meraka,dan aku terus ke ruang tamu untuk menyambung kerja ku sedikit di skrin laptop..selang 10 minit kemudian, kepala aku berasa pening dan amat berat, aku melihat gambar di dinding, gambar itu bergerak..ku terfikir adakah aku sakit kepala atau aku ingat pitam atau pengsan..Tiba-tiba jeritan suara atukku yang sudah berumur kedengaran..dia memekik “Keluar!,keluar!ada gempa!!”..Dengan sekilas aku berlari sehingga aku tidak sempat menyambar laptopku..yang ku fikir ketika itu hanyalah nyawaku…


Setelah itu kami memastikan semua orang di rumah keluar..Kami berkumpul di padang di kawasan rumah..Gegaran masih terasa..Tidak ku pernah melihat sebuah rumah yang berhayun-hayun, pokok-pokok runtuh, tanah tempat ku berdiri terasa “berjalan”..Di sis lain, aku melihat seorang ibu membaling batu ke rumahnya kerana anak lelaki yang masih tidur belum lagi sedar dan tidak lagi keluar..setelah batu itu memecahkan tingkap di bilik anaknya itu, barulah anak lelakinya keluar tergesa-gesa..Gegaran makin kuat..Tidak ku sedar ada titisan air mata mengalir di pipiku..Hatiku sebak..adakah aku masih cukup amalan di dunia ini ketika Izrail ingin mencabut nyawaku..adakah sudah terampun dosa-dosa ku..adakah shbt2ku sudah mengampunkan dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan aku pada mereka..makin laju air mata itu mengalir..dalam pada itu aku terpandang seorang wanita yang sujud berkali-kali dan keadaan meraung kesedihan diselangi dengan laungan “Allahukbar,Allahukbar”..Hatiku makin sebak dan sebak..mulutku tidak berhenti mengucapkan zikir dan zikir..kerdilnya diriku ketika itu…

20 minit berlalu, barulah gegaran redha..alhamdulillah rumah nenek ku dan rumah-rumah kawasannya tidak mengalami kerosakan yang besar, hanya retakan-retakan kecil..Aku terus masuk ke rumah mengambil laptopku dan terus membuka TV..Rupanya-rupanya gempa bumi sekuat 9.0 reicther melanda Acheh dan tsunami berlaku..Tiba-tiba2 keluar berita tentang tsunami yang melanda yang begitu dahsyat..dan tempat yang ditunjukkan ialah pantai Cermin dan semua yang ada di pantai tersebut semua terkorban..Sedetik hati ku terus tersentak..Andai ku pergi kepantai tersebut pada hari ini, sudah pasti aku dikalangan yang terkorban,sudah pasti tidak lagi ku dapat shbt2 ku di UKM, sudah pasti tidak ke kenal siapa shbt2 baru ku di Malaysia..hatiku makin sebak-makin sebak..Insaf,aku insaf..xpernah ku insaf seperti ini…inilah pengalaman ku yang ku terbayang semula apabila aku mendengar berita gempa bumi di Padang dan tsunami di Kepulauan Samoa..



Walaupun bencana banyak berlaku, tetapi aku runsing..kenapa masih lagi ada manusia yang mengakui semua itu berlaku kerana bencana alam semulajadi dan bukan dari Allah, kenapa masih lagi ada manusia yang mengatakan hukum Allah kolot, mengapa ada lagi manusia yang masih lagi menjahilkan diri kepada Allah,Mengapa dan mengapa??...sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).



Dengan bencana yang berlaku banyak ini tidak lain tidak bukan sebagai amaran dari Allah supaya kita ini dapat kembali ke jalan yang sepatutnya setelah kita tersesat ke jalan yang membawa kepada kesesatan…Kita perlu muhasabah..segala bala yang menimpa di dunia ini bukan hanya Allah turunkan tanpa sebab..ada sebabnya dan sebabnya ialah keingkaran kita atas arahan Allah..Adakah kita tidak sedar bahawa dunia semakin tua dan makin banyak amaran2 dari Allah..Dengan penularan virus H1N1, keruntuhan gejala sosial, banjir sana sini dan yang terbaru hujan batu di Kedah..Saya sedih apa yang telah berlaku dalam negara kita baru2 ni..tentang isu Kartika yang dijatuhkan 6 sebatan kerana kesalahan minum arak..Ada juga individu-individu yang tiada autoriti dalam hal hukum syarak memberi komen tentang hukuman sebat ini dengan menyatakan Kartika perlu memohon rayuan dan tidak perlu tergopoh-gapah mengaku kesalahan, sedangkan Kartika bersedia dan mengaku kesalahan dan meminta hukuman sebat ke atasnya..



Ini menunjukkan ada rasa keinsafan dan penerimaan oleh Kartika atas hukuman Islam walaupun hukuman sebat itu tidak memenuhi sepenuhnya dengan 40 kali sebat seperti yang ditetapkan hukum syarak tetapi jalan menuju kepada hukum Islam itu sudah ada..menyedihkan apabila ada individu yang tidak ada hak dalam mebicarakan hal hukum syarak member komen yang tidak berlandaskan syarak..Malah yang terbaru ada cadangan untuk mansuhkan hukum sebatan ini di mahkamah syariah..Ini menunjukkan menentang hukum Islam Mufti Perak, Dato Harunsani menyatakan BOLEH HUKUM MURTAD ORANG YANG TOLAK HUKUM ISLAM..fikir-fikirkan lah…Amaran Allah sudah turun maka fikirkanlah, renungkanlah..jangan hanya mencari kemuliaan dan kemegahan di dunia dengan melupakan Allah dan Rasulullah..Amaran Allah bukan perkara yang boleh dimainkan atau diperlekehkan..Dia yang Menghidupkan dan Mematikan..permainkan dan perlekehkan hukum Islam..Tunggulah amaran Allah yang lebih besar akan turun..kepada yang belum sedar, sedar-sedarlah dan kepada yang sudah sedar, sedarkanlah kepada shbt2 kita yang belum sedar..sama-sama kita kejar keredhaan sementara dunia belum lagi kiamat..kerana apabila sudah kiamat pintu taubat akan tertutup..nasihat ini kepada diriku sendiri dan semua umat Islam seluruhnya..INSAFLAH..sekian salam keinsafan…ikhlas dari – Mahfuzan Gaddafi Al-Tamarli Lubis(hararahizbullah)


INDAHNYA NUZUL AL-QURAN....

Posted by hararahizbullah Tuesday, September 8, 2009 0 comments



Terdapat kajian oleh pihak berkenaan yang menyebut bahawa beransur-ansur dalam melaksanakan undang-undang bukan maksud beransur-ansur dalam menurunkan syariat. Ini adalah terjemahan yang tidak betul.Barangkali hasil daripada terjemahan inilah menyebabkan arak masih dibenarkan dijual di negara ini, dihalalkan buat semenara waktu kemudian dikarakan akan diharamkan terus sebagaimana pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di samping kononnya dilaksanakan syariat secara sedikit demi sedikit.


Oleh kerana terjemahan tidak betul maka fahaman pun turut sama menyeleweng. Tasyri' dalam bahasa Arab adalah masdar (Kata terbitan) dari Syara'a, tayri'an. Maka tasyri' itu ialah membuat undang-undang bukan mendaulatkan undang- undang.


dalam menyebut undang-undang (tasyri') memang berlaku secara tadarruj (beransur-ansur) di mana undang-undang ini dikatakan beransur-ansur oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w secara tadarruj, beransur-ansur ayat demi ayat.


Inilah sejarah turunnya al-Quran yang bukan sahaja diwahyukan kepada Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan, tetapi mewahyukan juga kepada masa-masa lain.


Yang dimaksudkan dengan diturunkan al-Quran di sini islah turun daripada Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah pada bulan Ramadhan. Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran.


Firman Allah SWT yang bermaksud "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang pasanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (al-Baqarah ayat 185)


Sekiranya kita mahu mengetahui yang mana betul dan yang mana salah, bukalah al-Quran maka di sana tahulah yang mana betul dan yang mana sebaliknya. Dengan sebab itulah Allah berfirman yang bermaksud:"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (An-Nisaa ayat 59)


Sekiranya kamu bertelinkah dalam apa-apa masalah sekalipun, kembalilah kepada al-Quran maka bertemulah yang mana betul dan yang mana salah. Kebiasaanya orang Islam bertelingkah kerana mereka tidak mengetahui. Yang tidak mengetahui mestilah kembali kepada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w sehingga apabila kembali kepadanya semua menjadi betul dan baik. Inilah dia cara Islam.


Kalau tidak mahu kembali kepada al-Quran itu bukan cara Islam dan sekiranya takut kembali kepada al-Quran, mereka yang berkenaan itu dikuasai oleh syaitan. Firman Allah yang bermaksud :"Maka sesiapa yang menyaksikan di kalangan kamu bulan Ramadhan maka hendaklah dia berpuasa." surah al-Baqarah ayat 185.


Sesiapa yang menyaksikan bulan Ramadhan (yang dia berada di dalam bulan Ramadhan) di mana bulan itu berlaku sama ada dengan melihat anak bulan ataupun dengan tidak melihatnya, tetapi disabitkan apabila berlakunya cuaca yang buruk maka disempurnakan bulan Syaaban itu kepada 30 hari.


Maka selepas itu umat Islam hendaklah berpuasa bulan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berhari rayalah kamu dengan melihat anak bulan. Jika sekiranya dikelamkan kepada kamu (berlaku cuaca buruk) maka sempurnakanlah bulan Syaaban itu 30 hari."

KEJADIAN LUAR BIASA DI MEKAH



Begitu juga dengan bulan Ramadhan, sekiranya anak bulan Syawal tidak kelihatan, maka dicukupkan puasa Ramadhan sehingga 30 hari. Sekiranya melihat anak bulan Syawal, maka hendaklah Muslimin menyambut Aidilfitri, jangan mahu cukupkan puasa Ramadhan sebanyak 30 hari, perbuatan sebegini adalah haram.


Sebagaimana berlaku di Makkah pada tahun 1998 di mana hari yang ke-28 puasa sudah kelihatan anak bulan.


Ini suatu kejadian luar biasa kerana penduduk Makkah berpuasa Ramadhan dalam keadaan cuaca buruk lalu mereka menyempurnakan bulan Syaaban 30 hari dan mereka berpuasa lewat sehari. Tiba-tiba pada hari yang ke-28 anak bulan syawal kelihatan.


Apabila anak bulan Syawal kelihatan walaupun puasa baru 28 hari maka mereka hendaklah berhari raya paad hari yang ke-29 dan hendaklah diqada puasa Ramadhan sehari sebagai ganti hari yang ditinggalkan (bagi mempercukupkan puasa 29 hari).


Ini kerana bulan Islam ini sekurang-kurangnya 30 hari, tidak boleh lebih dari 30 hari. Firman Allah Taala yang bermaksud:" Dan sesiapa yang berasa dalam keadaan sakit ataupun dalam keadaan musafir, maka hendaklah dia mengulanginya paa hari-hari yang lain." - Al-Baqarah ayat 185


Orang yang berkenaan boleh qada pada hari yang lain sebab apa masalah qada ini diulang buat kali yang kedua? Tujuannya ialah untuk menjelaskan lagi bahawa sesungguhnya inilah kemudahan yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka yang berkenaan dan boleh jadi ada orang yang salah faham dalam masalah ini.


Firman Allah yang bermaksud: "Maka sesiapa yang menyaksikan di kalangan kamu bulan Ramadhan maka hendaklah dia berpuasa." Surah al-Baqarah ayat 185


Boleh jadi ada yang memahami bahawa ayat ini memansukhkan ayat yang terdahulu daripadanya. leh kerana ayat ini kemudian dan ayat yang terdahulu lain, maka Allah menyebut sekali lagi bahawa sesiapa yang sakit ataupun musafir, maka hendaklah dia mengulanginya pada hari-hari lain.


Firman Allah yang bermaksud: "Allah menghendaki kemudahan kepada kamu dan Dia tidak menghendaki kepayahan berlaku kepada kami." - Al-Baqarah ayat 185.


Kamu hendaklah sempurnakan bilangan bulan Ramadhan (masanya) dalam menunaikan qada puasa yang ditunaikan itu. Jangan kamu meninggalkan puasa tiga hari dan mengqadakannya hanya dua hari dan seumpamanya.


Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu membesarkan Allah dengan memuji-Nya." - Al-Baqarah ayat 185


Membesarkan Allah SWT di atas apa-apa yang telah ia beri petunjuk kepada kamu.


Kamu hendaklah membesarkan Allah terutamanya selepas hari raya, sidunatkan kita berlafaz dengan lafaz takbir, membesarkan Allah di atas petunjuk yang telah diberi kepada kita di mana tidak ada nikmat yang lebih besar daripada nikmat Islam.



Dinukilkan daripada buku 'Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah'

INCREASE OUR SPIRIT IN THIS RAMADHAN KAREEM

Posted by hararahizbullah Saturday, September 5, 2009 0 comments

Salam, sebelum penulis bermadah, izinkan penulis memohon kemaafan kepada shbt2 yang mengikuti blog ana kerana sudah lama ana tidak update blog ana..kerana kesibukan sana-sini,…Jadi ribuan kemaafan.



Sbht, Allah s.w.t menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan yang banyak pada bulan Ramdhan. Kelebihan ini satu petanda anugerah khusus daripada Allah s.w.t buat umat Nabi Muhammad s.a.w. Kelebihan-kelebihan yang diperolehi umat sebelum daripada ini, walaupun kewajipan berpuasa ini difardhukan oleh Allah kepada mereka juga. Antara kelebihan yang wujud di dalam bulan Ramadan ini ialah Allah melipatgandakan amalan yang kita lakukan. Dan amalan yang dilakukan oleh umat Muhammad ini, termasuklah soal perjuangan Islam. Apa yang perlu difahami umat Islam khususnya pada pejuang-pejuang Islam ini, perjuangan pada bulan Ramadhan diberi kelebihan oleh Allah sama seperti mana solat, tadarus dan sebagainya. Sebab itu kalau kita lihat dalam sejarah perjuangan Islam khususnya umat Muhammad, banyak peristiwa yang besar berlaku dalam bulan Ramadhan.

Antaranya peperangan Badar al-Qubra pada 17 Ramadhan. Begitu juga pembukaan kota suci Mekah, kemudian peperangan Ahzab yang berlaku dalam bulan Ramadhan juga. Pembukaan Yaman, Mesir, Mekah adalah perjuangan Islam yang besar ditunjuk oleh Rasulullah dan Rasulullah sengaja mewujudkan perjuangan ini dalam bulan Ramadhan kerana dalam bulan ini mempunyai kelebihan yang besar, di samping menyentuh hubungan sesama manusia termasuk soal perjuangan. Kerana perjuangan ini banyak menghubungkan manusia dengan manusia secara langsung akan membabitkan manusia dengan Allah. Saya menyeru kepada semua pejuang-pejuang yang menjadikan Allah adalah tujuan, Rasulullah sebagai teladan, al-Quran sebagai pedoman, Jihad sebagai jalan juang dan Mati syahid adalah cita-cita yang tertinggi meningkat semangat perjuangan di dalam memperjuangkan Islam yang syumul ini.

Dalam perjuangan ini apabila kita memperoleh keberkatan daripada Allah maka sudah tentulah akan tercapai matlamat. Jadi kesempatan ini Ramadhan ini seharusnya kita digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti kita supaya jemaah ini memperoleh keberkatan daripada Allah dan sekali gus Allah akan menganugerahkan kemenangan kepada kita dalam tempoh yang terdekat ini.

Kita perlu pastikan perjuangan ini mesti mendapat restu daripada Allah. Kerana dari sudut kekuatan berbanding dengan musuh adalah lebih kuat daripada kita, maka kita kena cari kekuatan yang diperoleh daripada kita yang tidak diperoleh oleh musuh iaitu kekuatan pertolongan daripada Allah Taala. Maka pertolongan daripada Allah adalah paling hebat melalui bulan Ramadhan..



Akhir kata, susunlah barisan usahlah terleka, bersatu teguh mara bersama, moga Islam akan terus subur di bumi Malaysia.

CENGKAMAN KEBENDAAN TERHADAP ORANG ISLAM

Posted by hararahizbullah Tuesday, July 7, 2009 1 comments



Orang-orang Eropah berusaha bersungguh-sungguh untuk menenggelamkan seluruh negara
Islam dengan gelombang hidup kebendaan ini. Dalam masa yang sama mereka berusaha
menghalang segala faktor-faktor kebangkitan dan kekuatan - ilmu pengetahuan, sains,
perkilangan dan sistem yang berfaedah - agar tidak terlepas ke tangan umat ini.

Mereka memperkukuhkan rancangan "serangan sosial" ini dengan bantuan tipu helah politik dan kuasa tentera sehingga tercapai apa yang dikehendaki.Pembesar-pembesar umat Islam telah diumpan dengan hutang, kerjasama dan segala kemudahan. Dengan ini mereka telah berjaya mendapatkan hak campurtangan ekonomi danakhirnya menenggelamkan negeri umat Islam dengan segala modal, bank-bank dan syarikat-syarikat mereka. Di tambah pula mereka sendiri yang menguruskan segala kerja-kerja ekonomi itu mengikut kehendak dan memonopoli segala keuntungan dan kekayaan yang melimpah ruah. Akhirnya mereka berjaya merubah corak pemerintahan, undang-undang dan pelajaran menurut
corak politik, undang-undang dan kebudayaan mereka walaupun di negara Islam yang paling kuat.


Mereka juga telah mengimpot ke negara Islam ini wanita-wanita separuh bogel mereka, segala jenis arak, teater, kelab malam, tempat-tempat hiburan, cerita-cerita, novel-novel, khayalan-khayalan, mainan dan gurauan mereka. Di samping itu mereka benarkan di negara Islam segala jenis jenayah yang tidak dibolehkan di negara mereka. Mereka telah menghiaskan dunia ini dengan kebisingan suara-suara dosa dan memalitkan noda di mata hartawan-hartawan Islam, orang-orang yang berpengaruh, berkedudukan dan berkuasa di kalangan umat Islam. Tidak cukup hanya setakat ini, mereka telah mendirikan sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara Islam dengan mengajarkan atheis ke dalam jiwa anak Islam.

Mereka mengajar anak-anak Islam bagaimana rendah diri mereka, menghina agama mereka,
tanahair mereka, meninggalkan segala adat dan kepercayaan mereka dan mengagungkan tiap-tiap apa yang datang dari barat. Mereka meyakinkan bahawa apa yang dihasilkan oleh orang-orang Eropah sahaja merupakan contoh yang unggul dalam hidup ini. Sekolah-sekolah ini mengandungi anak-anak Islam dari golongan atasan sahaja dan sengaja dikhaskan untuk mereka. Anak- anak Islam dari golongan ini terdiri dari anak-anak para pembesar, pemerintah dan orang-orang yang akan mengambil alih kuasa pemerintahan umat dan rakyat tidak berapa lama lagi. Mana-mana pelajar belum cukup masak dengan ajaran mereka, hantaran biasiswa dijamin bagi menyempurnakan kematangan pelajaran itu.



Perang sosial yang teratur hebat itu berjaya menarik hati sesetengah umat Islam. Dia merupakan suatu perang yang sangat merbahaya, lebih bahaya dari perang politik dan tentera berpuluh kali ganda. Setengah dari kalangan umat Islam cukup terpesona dengan tamaddun barat itu dan bercita-cita untuk mencelupkannya dengan celupan Islam. Turki pun mengisytiharkan bahawa dia bukan lagi negara Islam dan akan mengikut Eropah. Amanullah Khan, Raja Afghanistan juga cuba mengikut jejak langkah itu tetapi percubaan itu ia telah membawa kepada penggulingannya. Di Mesir, trend pak turut ini menular dengan cepat sehingga kalangan yang terpengaruh terus terang mengatakan, "tidak ada jalan lain lagi untuk kita maju melainkan dengan cara kita
mengambil bulat-bulat tamaddun ini termasuk segala buruk dan baiknya, segala apa yang
disuka atau tidak disuka dan segala hina dan mulianya".

Dari Mesir trend ini merebak dengan cepat ke serata negara Islam di sekitarnya hingga sampai ke Afrika Barat dan Hijaz. Berdasarkan terkesan tamaddun dan kebendaan ke atas negara-negara Islam ini, ianya boleh dibahagikan kepada 3 kelompok;

a) Negara yang dikesani begitu teruk sekali sehingga ke hati dan perasaan di samping merubah segala kedudukan dan rupa bentuk. Antaranya; Turki dan Mesir. Pengaruh Islam di kalangan masyarakat telah merosot di negara-negara ini. Islam telah dilontar ke dalam masjid, surau dan pondok-pondok mengaji Islam sahaja.

b) Negara yang terkesan hanya pada beberapa bentuk dan upacara-upacara rasmi sahaja sepertiIran dan negara- negara Islam utara Afrika.

c) Kesanya hanya kepada orang tertentu sahaja iaitu golongan intelek dan pemerintah dan tidak melibatkan orang awam seperti Syria, Iraq, Hijaz, bahagian-bahagian di Semenanjung Tanah Arab dan Kerajaan- kerajaan Islam di sekitarnya. Walau bagaimanapun, gelombang bahaya ini bergerak begitu cepat untuk sampai ke tempat yang belum sampai sebelumnya, ke dalam jiwa, lapisan dan kedudukan masyarakat sekitarnya.
Musuh-musuh Islam berjaya menipu bijak pandai umat Islam dengan meletakkan satu tabir tebal dihadapan mata orang yang sayangkan agamanya dan menyatakan bahawa Islam itu hanyalah bentuk aqidah, ibadat, akhlak di samping beberapa upacara-upacara tertentu, khurafat dan manifestasi yang tidak bernilai. Kebodohan umat Islam terhadap hakikat agamanya sendiri turut membantu penipuan itu sehingga ramai di antara mereka yang berpuashati dan rela dengan gambaran yang diberikan itu.




Oleh kerana terlalu lama dalam keadaan demikian, menjadi kesukaran apabila kita hendak fahamkan kepada mereka bahawa Islam itu suatu sistem masyarakat yang sempurna mencakup segenap masalah hidup. Dengan ini boleh kita katakan bahawa tamaddun barat dengan prinsip kebendaannya telah menang dalam pertarungan sosial melawan tamaddun Islam sebagaimana mereka telah memenangi medan politik dan tentera.

Ini semua bukan suatu yang pelik kerana kenyataan hidup tidak berbelah bagi dan kekuatan itu terletak kepada semua dan begitu juga kelemahan terletak kepada semua. Firman Allah yang bermaksud;

"Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)". (AL-Imran:140).




Sekalipun prinsip-prinsip dan pengajaran Islam itu sendiri kuat, penuh kesuburan, hidup dan indah, maka ia akan tetap abadi sedemikian kerana dia adalah benar. Hidup manusia tidak akan tegak dengan sempurna dan mulia tanpanya. Sebab dia adalah ciptaan Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Qur'an dan Kamilah yang memelihara dan mengajarnya" (al Hijr:9).

Firman Allah lagi yang bermaksud;

"Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayanya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya" (at Taubah:32).

Kesimpulan yang dapat dinukilkan di sisni ialah sebagaimana pertarungan politik telah menimbulkan kesedaran perasaan kebangsaan kepada umat ini, maka penindasan dan kecelaruan sosial ini juga telah melahirkan kesan penyegaran semula fikrah Islam. Timbul suara di sana sini meminta supaya kembali kepada Islam, dipelajari
hukum hakam dilaksanakan sistemnya. Akan tiba tidak lama lagi saat keruntuhan tamadun
kebendaan di atas kepala pendokong-pendokongnya. Ketika itu mereka akan merasakan betapa roh mereka itu lapar meronta di hati dan di jiwa mereka. Di kala itu mereka tidak akan mendapat apa jua makanan, penyembuhan dan pengubatan melainkan dalam ajaran Al-Quran yang mulia ini. Firman Allah yang bermaksud;

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada mu pelajaran dari Tuhan mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah dengan kurnia Allah dan rahmatNya hendaklah
dengan itu meraka bergembira. Kurnia Allah rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus:58).


Sistem Al-Quran Sistem Syumul

Posted by hararahizbullah 0 comments



Sistem al Quran berbeza dengan segala sistem dan teori-teori falsafah ciptaan manusia. Ia
tidak membiarkan segala dasar dan ajaranNya tinggal sebagai teori sahaja dalam diri manusia
atau juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku atau sebagai kata-kata di bibir
mulut sahaja.
Dasar Islam disyariatkan untuk ditumpu, diperkukuh dan dimanfaatkan kesan dan hasilnya
sebagai interpretasi yang praktik. Umat yang beriman dan mempercayainya mesti bersungguhsungguh
melaksanakan kerja ini. Ianya hendaklah dianggap sebagai suatu kefardhuan dan
mereka yang meremeh-remehkannya tidak boleh dipandang ringan. Orang yang
melaksanakannya akan diberi pahala dan mereka yang meninggalkannya akan dibalas dengan
balasan yang mungkin boleh mengeluarkan mereka dari masyarakat Islam.
Di antara tanggungjawab penting dalam sistem ini yang dijadikan sebagai satu tembok untuk
pemusatan prinsip-prinsipnya ialah:
1. Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dsbnya.
2. Puasa, menjaga diri, beringat dari boros.
3. Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan.
4. Haji, melancung, mengembara, menyelidik dan memerhati kerajaan Allah.
5. Berusaha, bekerja dan menjauhi dari meminta.
6. Jihad, berjuang, menyediakan pejuang dan menjaga keluarga pejuang serta kebaikan mereka
di kala mereka berjauhan.
7. Amar ma'ruf dan memberi nasihat.
8. Mencegah dari yang mungkar, pemulauan orang ramai terhadapnya dan orang-orang yang
melakukannya.
9. Menambah ilmu pengetahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup
yang sesuai untuk mereka.
10. Baik pergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik.
11. Sentiasa menjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera.
12. Ikatan yang baik di antara pemerintah dengan rakyat dengan menjaga dan taat.
Setiap Muslim dituntut mempraktikkan kewajipan ini dan memperjuangkannya sebagaimana ia
telah di terangkan oleh sistem al Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau
satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah disebutkan di dalam al Quran. Segala amalan
Nabi saw dan para sahabat menerangkan pelaksanaan ini dengan jelas dan terang. Tiap-tiap
amal tersebut mengukuh dan tertumpu kepada prinsip-prinsip sistem Islam yang kesemuanya
memberi faedah kepada seluruh manusia.

KESALAHAN PEMIMPIN BOLEH DISEBAR!!

Posted by hararahizbullah Tuesday, June 30, 2009 1 comments




Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahan oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.
Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.
Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam. Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut:

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat (mendedahkan) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumoat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya “Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?”

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terangan. Walau bagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.




Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.
Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.
Oleh itu marila kita yang ditaklifkan sebagai khalifah, untuk berada di belakang pemimpin yang benar dan saksama, Jganlah kita berada di belakang pemimpin yang keji dan zalim…

AHLAN WASAHLAN ILA UKM

Posted by hararahizbullah Sunday, June 28, 2009 0 comments



Assalamualaikum wrtbh...ahlan wasahlan ila jamiah watoniah malaziah kepada pelajar2 baru yang baru mendaftar di kolej masing2 pada 28 jun 2009..selamat dtg ke perbukitan ilmu bangi ini dan syabas dan tahniah kepada pelajar2 baru kerana diterima masuk ke ukm sedangakn jutaan yang ingin memohon masuk ke UKM ini..Shbt2..Universiti adalah satu wadah atau wasilah kepada shbt2 untuk mencapai matlamat dan cita2 shbt2 sekalian.Inilah tempat shbt2 untuk menimba ilmu supaya dapat mengharungi samudera kehidupan yang semakin mencabar.



Di Universiti juga shbt2 perlu pandai dan bijak membuat keputusan dalam segala hal di dalam Universiti ini kerana berbagai perkara yang baik atau buruk terdapat di dalam alam mencari ilmu ini..kita juga perlu mendukung falsafah UKM, jangan kita hanya berikrar menyebut falsafah UKM atau melaung2kan falsafah UKM tetapi kita tidak mendukung dengan sewajarnya malah membuat perkara yang berlawanan dengan falsafaha, misi dan visi UKM itu sendiri..

Akhir kata kepada shbt2 yang baru bergelar mahasiswa, carilah ilmu di UKM ini sedalam-dalamnya dan carilah kebaikan sebanyak-banyaknya..Sekian..Wassalam

Meginsafi kesilapan kita

Posted by hararahizbullah Monday, June 22, 2009 0 comments

pejuang-pejuang Islam sekalian, marilah kita menunggu dan menyaksikan perkembangan selanjutnya yang menjadi bukti-bukti kebenaran sejarah silam. Apabila kita kembali kepangkuan Islam, insyallah kita akan diberikan kemenangan. Sebaliknya apabila kita meninggalkan Islam, kita akan menerima penghinaan dari musuh-musuh. Apabila Saidina Umar al-Khattab melawat Baitul Maqdis, beliau menyampaikan ucapan:

Kita adalah suatu kaum yang diberi kemuliaan oleh Allah swt disebabkan dengan agama yang kita anuti. Sekiranya kita mencari kemuliaan melalui cara yang lain daripada Islam, kita akan menerima penghinaan dari Allah swt

Oleh itu, marilah kita membina generasi Islam sekarang dengan binaan Islam berdasarkan aqidah yang tepat dan pegangan yang luhur setelah penjajah gagal membawa kebaikan kepada kita di dalam segala bidang. Penjajah yang telah mengajar kita supaya mencontohi sistem pendidikan, kebudayaan dan ekonomi mereka, telah gagal memberikan kemuliaan kepada kita. Penjajah telah mengajar kita agar melaksanakan keadilan kedapa masyarakat kita: Demikian juga, penjajah yang telah membina ketenteraan kita berdasarkan hawa nafsu dengan memberikan peluang untuk melakukan apa sahaja yang bercanggahan dengan moral dan akhlaq, telah gagal memberikan kekuatan kepada kita. Oleh yang demikian tinggalkanlah warisan penjajah dan kembalilah kepangkuan Islam supaya kita dikurniakan keadilan, kemuliaan dan kekuatan.

Sesungguhnya penjajah telah lama menjadikan kita sebagai orang yang boleh dicucuk hidung supaya mereka mudah memperhambakan kita demi kepentingan mereka. Sehingga kerana merekalah, membuatkan kita bangun mengangkat senjata untuk membela dan mempertahankan kepentingan penjajah di negara-negara Islam. Kita tidak lagi berjuang mempertahankan aqidah dan bumi Islam, sebaliknya kita sanggup bergadai nyawa untuk meneruskan penguasaan penjajah-penjajah ke atas ummat dan negara Islam.

Cukuplah peritiwa yang kita alami di dalam peperangan Dunia ke-2 mengajar kita, di mana ramai tentera-tentera Islam terkorban kerana memelihara kepentingan penjajah. Ummat Islam di Malaysia, Indonesia, India, negara-negara Arab dan lain-lainnya diletakkan dibarisan hadapan untuk menghalang dan melambatkan kemaraan tentera Jepun dan Jerman demi menyelamatkan nyawa kaum penjajah. Kita diberi semangat dan pujian sehingga kita sanggup mengorbankan nyawa bagi memberikan kesempatan kepada penjajah dan kaum keluarga mereka menyelamatkan diri.

Apabila kaum penjajah berjaya menyelamatkan diri bersama keluarga dan harta benda mereka, kita dikerahkan untuk menentang Jepun dengan terpaksa menanggung berbagai kesengsaraan, demi kepetingan penjajah sedangakn mereka tinggal di rumah2 sebagai penonton. Kemudian kita berbangga dengan pujian Inggeris tentang kepahlawanan kita di medan perang, tanpa menyedari bahawa kita telah dijadikan anjing buruan yang digunakan untuk menguasai kita kembali....

JALAN YANG KAMU PERLU IKUT WAHAI PENDAKWAH

Posted by hararahizbullah Tuesday, May 5, 2009 0 comments


Di dalam konteks masyarakat jahiliyyah, uzlah wujud hanyalah uzlah berbentuk perasaan sahaja. Tidak mungkin uzlah yang praktikal dalam menjadi sempurna di dalam misi dakwah. Uzlah yang praktikal tidak akan sempurna kecuali selepas terdirinya masyarakat muslim uyang dikuasai oleh syariat Allah s.w.t dan melaksanakan segala undang-undang dan kekuasaannya. Maka di sinilah terbentuknya pengasingan yang praktikal. Jikalau misi dakwah boleh berfikir pada peringkat pertamanya untuk terus beruzlah daripada masyarakat jahiliyyah dan hidup di padang-padang pasir dan gua, tindakan ini akan menyebabakan dakwah menjadi beku dan jauh daripada manusia yang merupakan bahan mentah bagi dakwah Islamiyyah.
Disebabkan itu Rasulullah s.a.w masih menetap di Mekah dan tidak tinggal di dalam gua yang terdapat di sekitar bukau Mekah. Baginda tidak membiarkannya taghut Mekah sahaja malah Baginda menyampaikan dakwah dan solat di perkarangan Kaabah sewaktu dikelilingi sebanayak 360 buah berhala.
Para pendakwah yang mengharungi pertempurannya dengan jahiliyyah hendaklah mengingati keagungan Allah dan kekuatanNya di dalam hati dan melihat manusia yang menyakitinya dengan penuh kelembutan dan kasih saying. Alangkah betulnya ungkapan yang menyebut: “Ya Allah! Ampukanlah kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu”.
Sesungguhnya tindakan melarikan diri daripada masyarakat jahiliyyah adalah suatu yang termudah kepada para pendakwah daripada menghapuskan kekufuran. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Rabi’ah bin Ubad katanya: Saya melihat Nabi s.a.w pada masa jahiliyyah berjalan di pasar Zul Majaz dan berkata: “Wahai manusia!. Ucaplah La Ilaha Ilallah nescaya kalian akan Berjaya”. Lalu orang ramai berkumpul kepadanya dan dibelakang Baginda terdapat seorang lelaki bermata juling yang mempunyai dua ikatan sanggul. Beliau berkata: “Dia seorang pendusta”. Lelaki tersebut bertanya siapakah ia. Mereka memberitahu ia adalah bapa saudaranya, Abu Lahab .
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, terdapat riwayat Ibnu Mas’ud berkata: “Sewaktu Nabi s.a.w bersolat di Masjidil Haram, Abu Jahal dan teman-temannya sedang duduk dan kelmarin mereka telah melakukan penyembelihan di situ. Maka Abu Jahal berkata: “Siapa di antara kalian yang sanggup pergi ambil bangkai sembelihan sesiapa pun dan letakkannya di atas bahu Muhmmad apabila dia letakkannya di atas bahu Muhammad apabila dia sujud?”. Lalu seorang lelaki yang paling jahat di antara mereka mendapatkannya, sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w sujud, ia pun meletakkannya di atas bahu Baginda. Kata Ibnu Mas’ud mereka semua ketawa dan memandang sesama sendiri sedangkan saya hanya melihat sahaja. Jika saya mempunyai kekuatan sudah pasti saya akan membuangnya dari bahu Rasulullah s.a.w. Nabi terus sujud dan tidak mengangkat kepala sehingga seseorang pergi menemui Fatimah. Dia pun datang lantas membuang bangkai tu dan berpaling kepada mereka serta mencaci mereka semua. Sebaik sahaja Nabi habis bersembahyang, Baginda mengangkat suaranya dan berdoa. Kebiasaannya apabila apabila Nabi berdoa, beliau akan berdoa tiga kali. Baginda berkata: “Ya Allah! Engkaulah yang menjatuhkan hukuman ke atas Quraisyh” sebanayak tiga kali. Apabila mendengar suaranya, mereka berhenti ketawa dan takutkan doanya. Kemudian Nabi berkata: “Ya Allah! Hancurkanlah Abu Jahal bin Hisham, Utbah bin Rabi’ah, Shaybah bin Rabi’ah, al-Walid bin Uqbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu’it. Baginda menyebut yang ketujuh tetapi saya terlupa. Demi Tuhan yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran, sesungguhnya saya melihat nama-nama yang disebut itu mati pada hari peperangan Badar.
Dalam kisah ini, Nabi s.a.w. tidak keluar daripada Mekah malah baginda terus berada di situ menghadapi jahiliyyah, meruntuhkan kepercayaan karutnya dengan al-Quran dan menhancurkan segala unsurnya dengan sebuah organisasi yang mengambil anggotanya di celah-celah suasana jahiliyyah yang tebal tersebut.
Al-Syahid Syed Qutb berkata di dalam muqadimah surah al-Ra’ad;
“Sesungguhnya generasi hari ini yang hidup di dalam jahiliyyah yang mana al-Quran turun untuk menghadapinya, mereka tidak bergerak dengan al-Quran tersebut dalam menghadapi jahiliyyah sepertimana generasi awal yang diturunkan kepada mereka al-Quran buat kali pertamanya itu bergerak…, tanpa gerakan ini, manusia tidak dapat lagi memahami rahsia-rahsia al-Quran, Orang yang duduk tidak akan dapat memperolehi rahsia al-Quran dan segala maknanya tidak diketahui kecuali insan yang percaya kepadanya dan bergerak dengannya untuk menghadapi tentangan jahiliyyah bagi mencapai makna dan intisarinya. Maka dengan sebab itulah makna dan intisari al-Quran telah hilang daripada capaian generasi sekarang. Begitu juga semua istilah-istilahnya juga telah terpesong dari makna sebenar

Maka, renung-renungkanlah wahai gerakan dakwah Islam, adakah kita bersedia dari segi ILMU, ROHANI, TARBIAH DALAMAN???..Jika masih kurang, maka kuatkanlah ILMU, ROHANI, TARBIAH DALAMAN..Jika sudah cukup, berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir..TAKBIR..ALLAHUAKBAR…

Ikan bilis dihukum, tapi Jerung masih lagi berenang bebas

Posted by hararahizbullah Wednesday, April 8, 2009 0 comments

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.



Azilah, 33, dan Sirul, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.
Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.
Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.
Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.
Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.
"Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman," katanya.
Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.
Peguam Sirul - Hasnal Rezua Merican - berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.

mari beramai2 turun ke forum

Posted by hararahizbullah Tuesday, April 7, 2009 0 comments

Layakkah kita ke syurgaNYA

Posted by hararahizbullah Sunday, April 5, 2009 0 comments

Punca songsangnya falsafah hidup, keperibadian dan peradaban adalah kerana berkiblatkan akal minda yang dengkel. Walaupun zahirnya terserlah kehebatan duniawi golongan tersebut tetapi hakikatnya mereka sendiri terbeban dengan dunia karut ciptaan mereka sendiri. Kembalinya kita pada Islam yang syumul bukan sahaja seorang muslim bahkan mukmin yakni “melakukan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran” akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat kerana tujuan hidup yang sangat sementara ini adalah sangat subjektif bergantung pada individu.

Beberapa siri temubual dan kajian ringkas yang dijalankan secara spontan terhadap pelbagai lapisan masyarakat, didadapati apabila seorang manusia yang faham akan ajaran agama yakni Islam jawapan untuk tujuan kehidupan kita sangat ringkas tetapi sangat luas meliputi jangkauan akal, masa dan tujuan.
Cubalah anda pergi kepada sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, kawan-kawan, golongan professional, para jutawan malah sesiapa sahaja maka tanyalah mereka “Apakah tujuan kita hidup?” dan nantikan jawapan mereka yang pelbagai. Jawapan pada kesempurnaan hidup yang hakiki hanya ada di syurga, itulah tujuan sebenar kita ini hidup di dunia yang sememangnya sementara ini.

Bertepatan dengan tujuan kita dicipta oleh Allah di dunia ini yang telah dinyatakan oleh Allah sendiri di dalam Al-quran yang bermaksud ,
“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”.
Ayat ini menjelaskan bahawa tugas dan tanggungjawab manusia adalah untuk beribadat kepadanya yang berlandaskan pada hanya Al-quran dan Hadis Rasulullah sendiri. Kemudian Allah menjelaskan bahawa kita, yakni umat nabi Muhammad adalah umat yang terbaik diciptakan dalam ayat yang bermaksud,
“Kamu adalah sebaik-sebaik umat yang diciptakan dari kalangan manusia untuk melakukan yang baik (ma’aruf) dan melarang kemungkaran (mungkar) dan beriman kepada Allah”.



Maka wajiblah kita meletakkan syurga sebagai dasar dalam tujuan dalam kehidupan kita ini, syurga juga satu perkataan yang digunakan oleh agama lain bagi menggambarkan kesudahan hidup yang penuh nikmat dan abadi selepas kematian seseorang penganut agama tersebut.
Kristian, Budha, Hindu dan beberapa macam agama yang telah wujud di dunia ini telah meletakkan syurga sebagai pengakhiran yang tertingi selepas kematian. Dengan itu terciptalah filem-filem yang mahu menggambarkan tentang keindahan syurga oleh para pencipta filem dari Hollywood, Bollywood dan sebagainya, malah pernah terjadi dalam sejarah, penguasa atau raja-raja dahulukala ingin mencipta syurga mereka sendiri yang akhirnya sekarang ini menjadi tatapan tinggalan sejarah. Yang mereka sendiri telah tinggalkan dunia yang fana ini tetapi dalam masa yang sama tertanyakah kita apakah mereka sedang menikmati syurga ciptaan mereka itu, maka kesianlah kiranya syurga Allah pun tidak jadi balasan pada mereka akhirat kelak.
Sesungguhnya janji nikmat syurga Allah pada hamba yang mukmin adalah suatu yang tidak perlu kita fikirkan kerana ianya ternyata di luar bidang imiginasi manusia itu sendiri. Dengan memperoleh kehidupan nikmat yang kekal abadi, tiada hari tua, tiada sifat durja bahkan segalanya adalah kesempurnaan yang kita cari pada hari ini, ada di sana. Macam mana sekalipun kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia ini ternyata hanya sisipan kenyataan sahaja tapi di syurga kelak bukan omong kosong atau khayalan visualisasi tapi kenyataan yang agung akan terbukti.
Apalah sangat untuk menjadi hamba Allah yang baik!? Kerana sememangnya fitrah manusia dijadikan dengan Ar-rahim Allah jua, ketika mana roh-roh berlegaran di luh-manfuz (arash) yakni sebelum ditiupkan akan roh ini ke dalam ketulan lembaga bayi di dalam rahim ibunya, mereka ini telah berjanji kepada Allah untuk taat dan patuh pada segala perintah dan larangan. Setelah berusia enam bulan maka roh-roh ini ditiupkan ke dalam janin maka bermulalah episod pengembaraan hidup di alam fana ini. Ini bermakna kita memang ciptaan yang terbaik dan sudah dibekalkan dengan sifat kebaikan yang pastinya bersesuaian dengan fitrah ajaran Islam. Ini juga telah disahkan oleh Rasulullah yang telah bersabda bermaksud,
“Setiap anak itu dilahirkan dengan fitrah (Islam) maka kedua ibu bapalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani ataupun majusi”

Maka apabila syurgalah yang menjadi eleman ketaatan kita pada Allah kita sedar bahawa menjadi seorang mukmin adalah suatu nikmat yang hanya Allah sendiri yang memberikanya. Bagaimana kerana rindukan lambaian syurgalah para mujahid yang berjuang fi sabilillah pada era Rasulullah malah era seterusnya sanggup mengorbankan apa sahaja demi Islam. Nyawa, pangkat dan harta bukan ukuran nikmat yang mampu menggoyah pendirian para jiwa yang mencintai kematian kerana mereka tahu tingginya darjat siapa yang syahid di medan perang kerana menegakkan agama Allah. Mereka ini amat digeruni oleh lawan yang hanya berpaksikan ego, nama, harta, kesombongan dan ternyata maut adalah sesuatu yang mereka mahu hindari. Bahkan kalau mereka mampu milikinya dengan harta benda nescaya mereka akan berusaha mendapatkannya, akhirnya sedarlah mereka bahawa apa yang mereka agungkan dan banggakan hanyalah sia-sia belaka walhal pada masa tersebut telah terlambat.

Bolehkah kita fikirkan dimanakah para syuhada yang terdahulu berada sekarang? Adakah mereka masih menderita seksa sama seperti mereka hidup dahulu? Adakah mereka masih daif dan hina sedangkan mereka sedang merasakan nikmat dari salah satu dari taman syurga walaupun hanya berada di alam barzakh? Setiap hari yang dihitungkan mereka adalah untuk menuju puncak nikmat hakiki janji Rabbul Jalil yakni syurga tanpa hisab. Para syuhada ini akan terus melalui titian sirat sepantas kilat dan terus ke destinasi kenikmatan abadi. Tertanya kita,bagaimanakah diriku ini ya Allah!? Adakah layak syurgaMu untukku? Tiadakah ruang sisa syurgaMu untuk kami ini? Wahai saudaraku janganlah ditanya padaNya!

Tanyalah pada diri kita apa penyebab yang membolehkan Allah membenarkan dengan rahmatnya untuk diri kita masuk ke syurganya. Sesugguhnya syurga itu sememangnya tercipta untuk sekalian umat manusia. Maka jadilah mukmin yang sentiasa bekerja dan berusaha mendapat rahmat Allah yang pasti balasannya adalah syurga walaupun layak kita pada syurga yang paling bawah. InsyaAllah.

PEMIMPIN ISLAM, PEMIMPIN TANPA RASUAH!!

Posted by hararahizbullah Friday, March 27, 2009 0 comments


Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala (Al Umm juz VII ms 04) bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:

“Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”
(Surah Shaad ayat 26)


Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab

“Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka” sampai kepada “Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.”
(Surah Al-Maidah ayat 49)

Firman Allah lagi

“dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhatihatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu”

Firman Allah Taala selanjutnya:

“Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”,

Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:

Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.

Makna “adil” ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).

Firman Allah:



“Sesiapa yang taat kepada , Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah”.

Firmannya lagi .

“Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan”

dan berfirman lagi:

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya “takut”.

Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah kitab Allah kemudian sunnah NabiNya s.a.w. Tidak boleh seseorang Mufti atau seorang hakim memberi fatwa atau menghukum sehingga masing-masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu dari keduanya”

Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat “nas-nas dari keduanya barulah ijtihad.”

Keterangan Imam Al-Shafiee ai dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan”konsep pimpinan dalam Islam” selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama’ penghulu, guru-guru, da’ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber pimpinan yang tertinqgi ialah

Al-Quran,
Al-sunnah
Ijtihad dan perkara yang hendak disuburkan dari pimpinan itu ialah keadilah ilahi dan matlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w. tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala.”


Mewujudkankan pimpinan yang diredhai Allah

Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara’ berdasarkan kepada ijamaa’ulummah, di antara ayat-ayatnya


“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung”

maksud ayat (A1-Imran 104).

Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan “hendaklah ada di antara kamu” merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, “mereka itulah orang yang beruntung” menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a’in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.


“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang …”

Maksud ayat (Al-Taubah 71)

Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang munkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut “

maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki.

Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: “ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.

Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar

Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara’ meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Perkara yang “mungkar” ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa
“yang maaruf” itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.

Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh

Satu perjuangan yang diberi nama “perjuangan Islam” hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.

Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar

Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.

Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.”

(Surah Al-Rum ayat 21).

Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil denqan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam pimpinan tersebut.

Contoh yang lain Allah berfirman

Maksudnya: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang husyu’ dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,’

(surah al-Mu’minun ayat 1 - 11)

Contoh yang lain Allah berfirman: ” Dan (hamba hamba yang baik dari Tuhan) yang maha penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereke. Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhanku! kami jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal.” Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diiaaramkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diqanti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah,mereka, lalui )sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Dan orang-orang yang berkata: `Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai biji mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan mertabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.”

(Surah al-Furqan ayat 63-75)

Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa ujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.

Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin

Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da’i atau seorang yang pada hari itu sebagai mehteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masingmasing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma’ ulama’ al-wmcrah nengenainya. Diantaranya ialah:

Muslim,’akil baligh dan laki-laki
Adil
Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Berilmu
Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai’n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara’yang berkaitan dengan pimpinan.
Mempunyai kudrat, kemampuan.
Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.
Beradab mengikut akhlak Islam,
Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria’ dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.
Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.


Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah

Ciri terpenting dalam perjuagan dan pimpinan Islam Bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.

Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan .”Mustalihul Hadith”. Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dam mana yang furu’. Berkaatan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, Kerana kitab-kitab yanq original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam pimpinan, hingga merebak kepada masysrakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.


Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam neqara Islam


Al-Farra’ Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:

Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama
Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah
Menjaga kesejahteraan umat
Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah
Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh
Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam.
Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara’.
Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan.
Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara.
Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.

Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.

Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya

Di antaranya:

Hendaklah memulakan “kebaikan” maaruf daripada dirinya sendiri.
Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Dan bagi seseorang majikan hendaklah “membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya.”

Pimpinan ketua tentera


Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.

Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:
Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah , kedudukan mereka, janganlah mereka itu terlalu dikawal biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia kedudukanmu.
Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu kamu sendirilah yang bertutur dengan mereka.
Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal tugasmu.
Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah mesyuaratmu.
Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu sehingga kamu menyeledikinya. Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu. Hendaklah bersiap sedia
Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang lain akan menjadi pengecut:

Pimpinan guru terhadap muridnya

seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali

Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara’
Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.


Kesimpulan

Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:

“Konsep pimpinan dalam Islam” merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.
Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.
Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu.
Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.
Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.

Penutup

“………Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.
Ya Tuhan’ kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. ”

(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)

Wallahu a’lam