MAHFUZAN GADDAFI LUBIS AL-TAMARLI

ismi MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD, sedang menyambung pengajian di dalam Master in Syariah di UKM...

diriku seorang insan yang berjalan dimuka bumi Allah ingin mencari keredhaan Allah...diriku juga ingin mencari apa yang dikatakan sebagai ketenangan yang hakiki.....dan berada di dalam barisan harakah islamiah yang terus berjuangan menentang kebatilan yang berkuasa...

SETIANYA SEORANG ISTERI.....

Posted by hararahizbullah Wednesday, June 30, 2010 0 comments


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingabt DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

die Geschichte der jüdischen(part 2)

Posted by hararahizbullah Wednesday, June 2, 2010 0 comments

Setelah sunyi blog ini selama 4 bulan kerana menyiapkan tesis, mengarang buku dan kerja..time budak2 cuti sem ni lah ada masa ckit:-)..kita akan sambung sejarah Yahudi ni......

baik..kita sambung tentang sejarah yahudi..pada kali ini kita akan melihat nasib yahudi ketika merempat di negara2 eropah pada tahun 1099 hingga mereka mendapat Palestin sebagai negara mereka melalui Perjanjian Balfour 1917.

Bangsa Yahudi sebenarnya di eropah melalui sejarah hitam mereka semasa Perang Salib(1096-1298 Masihi). Di seluruh eropah, beratus ribu bangsa yahudi dibunuh oleh tentera Salib khususnya selepas Jerusalem ditawan pada 15 Julai 1099, Selepas itu mereka tempoh aman sehingga Perang Salib Kedua. Tentera Krintian di England melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas Yahudi sempena pertabalan Richard 1 pada September 1189. Pada tahun 1210, Yahudi di England sekali lagi menjadi mangsa kekejaman golongan bangsawan Inggeris di bawah pemerintahan Raja John Lackland dan harta kekayaan mereka dirampas oleh Exchequer. Kemudian, Yahudi di Toledo, Sepanyol dihapuskan pada tahun 1212.

Pada abad ke-14, perang saudara yang melanda Jerman semasa pemerintahan Louis IV penuh sengsara khususnya di kawasan Alsace sehingga Swabia. Pada tahun 1337, Yahudi di Bavaria berhadapan dengan penghapusan etnik yang berleluasa sehingga ke Bohemia, Moravia dan Austria walaupun cuba dihalang oleh Benedict XII.



Benedict XII.

Di Sepanyol, Henry III menyerang bandar Castile dan Aragon sehingga ke pulau Majorca dan memaksa ramai bangsa Yahudi menganut Kristian. Keadaan di Perancis, Itali, England, Jerman dan Sepanyol tidak banyak berubah sehingga mereka dihalau keluar beramai-ramai dari Sepanyol pada penghujung abad ke-15. Mereka diusir keluar dari Itali pada tahun 1541, NAples, tahun 1550, Genoa, tahun 1569 dan semua bandar kecuali Rom dan Ancona, tahun 1597. Mereka menetap di wilayah jajahan kerajaan Uthmaniah.

Mereka menikmati hidup yang aman daripada layanan diberi khususnya semasa pemerintahan Sultan Salim II, pada tahun 1556 hingga 1574 dan sultan berikutnya iaitu Sultan Amurath III, Sultan Muhammad III dan Sultan Ahmad I. Pada tahun 1580, orang Yahudi tiba di Amsterdam dan memberi sumbangan besar pada kekayaan dan kemakmuran negara itu. Mereka juga mula diiktiraf sebagai warga England sesudah dibuang negeri sejak 1290. Di Poland, pemerintah Ukraine yang dikenali sebagai Cossack menakluki Poland dan melakukan pembersihan etnik ke atas bangsa Yahudi pada tahun 1648. Dalam tempoh 10 tahun, dianggarkan seramai 200,000 orang Yahudi dibunuh dan mereka hidup dalam keadaan yang daif di negara itu.

Penglibatan di benua Amerika bermula apabila mereka membantu Belanda menakluk Brazil pada tahun 1624. Selepas penaklukan Belanda berakhir pada tahun 1650, mereka bertebaran di merata tempat di benua itu seperti Guadalope, Martinique dan Cayenne dan ada juga yang pulang ke Belanda atau mendiami New Amsterdam yang dikenali sebagai New York pada hari ini. Ini adalah generasi perintis yang mendiami New York sehingga ke hari ini.

Pada abad ke-18, permusuhan terhadap orang Yahudi mula berkurangan atas beberapa faktor. Antaranya pengaruh meluas yang dimiliki oleh Moses Mendelssohn (1726-1786). Begitu juga faktor pembelaan berkesan oleh penulis beragama Kristian bernama Dohm melalui karya beliau bertajuk Upon the Amelioration of the Jews. Beliau menyarankan supaya kelonggaran tekanan dan penyisihan ke atas orang Yahudi seperti yang dilaksanakan raja Austria. Joseph II diterima pada tahun 1781. Begitu juga di Perancis dan Prussia di mana Loius XVI dan William menghapuskan cukai kepala ke atas orang Yahudi.



Moses Mendelssohn (1726-1786)


Revolusi Perancis pada tahun 1789 membuka peluang kepada bangsa Yahudi untuk bertapak kukuh di negara itu. Pada tahun 1790, Majlis Parlimen Kebangsaan memberi kewarnegaraan kepada bangsa Yahudi diikuti oleh hak sivil pada tahun 1791. Semasa Napoleon berkuasa, orang Yahudi mula mengukuhkan kedudukan mereka di Englad dan mereka mula mengumpul kekayaan yang tidak terhad bermula dengan era ini. Hanya pada tahun 1858 dengan kuasa wang, mereka berjaya menyelinap masuk ke Parlimen dan menghapuskan petikan pada fasal dalam perlembagaan negara tentang "hanya penganut Kristian sahaj yang dibenar memegang jawatan." Selepas itu bukan sahaja di England malah kebanyakan negara Eropah sekatan dan penyisihan terhapus sama sekali dari tahun 1870.

Kedamaian ini memberi peluang sekali lagi kepada mereka kembali ke Palestin. Bilangan mereka bertambah kepada 78,000 orang pada penghujung abad ke-19 walaupun berhadapan dengan sekatan dan larangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Uthmaniyah. Theodore Herzl menggariskan PROTOKOL YAHUDI dalam satu Persidangan Yahudi Antarabangsa do Basel, Switerland pada tahun 1896.





Empayar British mengalakkan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin dari tahun 1917-1984 berdasarkan kepada PERJANJIAN BALFOUR 1917.Mereka dipengaruhi oleh Zionis yang melobi bagi mendapatkan penempatan tetap di negara itu bagi melaksnakan cita-cita menubuhkan negara sendiri sesudah mereka tidak diterima di negara-negara lain. Perpindahan besar-besaran orang Yahudi ke Palestin terus berlaku apabila Nazi berkuasa di Jerman semasa dan selepas Perang Dunia Kedua. Penghijrahan orang Yahudi dari seluruh dunia masih lagi berlaku sehingga kini.





Kronologi sejarah inilah yang memperlihatkan Yahudi memiliki negara Palestin..kita akan sambung pada part ketiga mengenai bagaimana Yahudi "mengyahudikan" Amerika Syarikat".....

l'histoire secrète des Jewish (EPISODE 1)

Posted by hararahizbullah Thursday, May 20, 2010 0 comments



salam shbt2..selamat bertemu dlm perkongsian ilmu..pada kali ini ana akan berkongsi dengan shbt2 tentang kisah berkaitan dengan YAHUDI..apa yahudi ni sebenarnya..sape depa ni...apa yg ada pada dioarang..bende yang diaorang dh wat kat dunia dari dulu sampai sekarang ni...

baik, dlm siri 1 ini ana akan berkongsi shbt2 tentang sejarah ringkas Yahudi dengan melihat kronologi peristiwa berkaitan dengan Yahudi..kita akan mengembara tentang sejarah yahudi ini dengan 3 era..era sebelum zaman Rasulullah, semasa zaman Rasulullah dan era selepas zaman Rasulullah..

ERA SEBELUM ZAMAN RASULULLAH

shbt2, susur galur Yahudi dipercayai bermula pada tahun 1000 sebelum masihi. Keturunan Nabi Yakub melahirkan para nabi berikutnya dan berakhir dengan Nabi Isa. Nabi Muhammad s.a.w. pula berketurunan Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar serta puteranya Nabi Ismail yang mendiami Mekah bersama puak Jurhum. Mereka mula mendiami kawasan sekeliling punca air zam-zam dan seterusnya berkembang maju sehingga ke hari ini. Sejarah awal Bani Israel banyak diceritakan di dalam al-Quran khususnya sewaktu zaman Nabi Musa. Diceritakan tentang sifat kufur mereka pada Tuhan dan cinta mereka pada dunia. Mereka juga dikenali sebagai bangsa yang tidak tahan diuji, memungkiri janji dan terkenal sebagai bangsa yang membunuh para Rasul.

Pada zaman awal sejarahnya, Bani Israel mendiami beberapa wilayah termasuk Mesir dan kemudiannya berpindah-pindah sehingga mereka tinggal di Lembah Jerusalem atau Baitul Maqdis, Palestin. Mereka bermastautin di situ bersama para nabi. Di situ juga berlaku cubaan bunuh ke atas Nabi Isa yang didalangi oleh Yahudi.Rekod lain menyatakan Jerusalem adalah tempat mastautin utama bangsa Yahudi, terletak di bawah kekuasaan Babylon.


gambaran Nebuchanezzar ketika ditukar allah menjadi haiwan selama 40..Wallahua'lam kebenarannya..

Antara pemerintahan Babylon yang sering dikaitkan dengan Yahudi adalah Nebuchanezzar (604-561 B.C. Beliau marah apabila wakilnya ke Jerusalem dibunuh oleh orang Yahudi. Beliau mengambil keputusan menawan dan meruntuhkan Jerusalem, Manakala, ramai org Yahudi yang tinggal di Jerusalem ditawan, dibunuh dan dan dibawa ke Babylon oelh raja itu. Antara yang menerima siksaan adalah Nabi Danial. Akibat tidak tertahan dengan siksaan yang diterima, Nabi Danial berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada Nebuchannezar. Lalu,Allah menukarnya menjadi haiwan berkepala serigala dan bertubuh lembu yang hidup liar di dalam hutan selama 40 hari. Selepas itu beliau bertaubat dan memerintah selama 7 tahun. Beliau berhasrat melantik Nabi Danial sebagai pengganti beliau, namun ditolak dengan Direkodkan juga bahawa Nebuchanezzar ini adalah cucu kepada Raja Namrud.

Jika shbt2 seorang yg selalu menonton filem2 genre aksi barat, mesti shbt2 tidak terlepas menontn filem MATRIX..perasan x nama kapal pengangkut yang digunakan NEO dan juga geng2nya..digunakan nama NEBUCHANZZAR..maka filem ini ada unsur2 keyahudiaan..

Pada tahun 538 sebelum masihi, Babylon mengalukan tentera Parsi yang dipimpin oleh Cyrus. Cyrus membenarkan seramai 50,000 orang Yahudi yang tinggal dalam buangan Babylon kembali ke Jerusalem. Mereka tidak melepaskan peluang ini dan kembali segera ke bandar itu. Para nabi yang diutuskan pada masa itu adalah Nabi Ayyub dan Nabi Zakaria seperti yang dinyatakan di dalam CATHOLIC ENCYCLOPEDIA: HISTORY OF THE JEWS.Pada zaman ini, tapak wall of Jerusalem atau Dinding Ratapan (WAILING WALL) dibina.



DINDING RATAPAN

Sehingga pada zaman pemerintahan Calligula (37-44 A.D), orang Yahudi hidup dalam suasana aman damai. Namun, Calligula memerintahkan supaya orang Yahudi memberi imbuhan kepada kerajaan beliau. Arahan ini ditentang oleh orang Yahudi dan mereka berhadapan dengan bahaya perang. Tetapi mereka(Yahudi)bernasib kerana Calligula sendiri terbunuh sebelum perang bermula. Pembunuhan dan penyingkiran Yahudi terus berlaku ke atas Yahudi di Babylon dan Jerusalem dari semasa ke semasa. Pada suatu peringkat, mereka terpaksa berpindah ke Semenanjung Tanah Arab sekitar tahun 140 Masihi bagi mengelakkan kekejaman pemerintahan Rom. Mereka mendiami Yaman dan kemudiannya menjadikan Madinah sebagai pangkalan mereka di Semenanjung Arab serta beberapa kawasan di lembah Mekah.


YAHUDI KETIKA ZAMAN RASULULLAH

Pada zaman permulaan Islam, Nabi Muhammad mendapati bangsa Yahudi di Madinah sering mengkhianati baginda dan menghalang usaha dakwah Islamiah keseluruhannya. Lalu, baginda menghalau semua bangsa Yahudi ini dari Madinah selepas pengkhianatan Yahudi menyokong kafir Quraisy yang ingin menyerang Madinah. Dan pakatan inilah yang mencetuskan Perang Khandak atau juga di sebut Perang Ahzab.Dan alhamdulillah kemenangan Islam di perang ini tidak meragut nyawa sesiapa pun kerana Islam menang dengan bantuan Allah yang menghantar ribut, merosakkan bekalan makanan mereka dan strategi gali parit oleh Salman al-Farisi. Rasulullah juga memerintahkan kepada orang Yahudi membayar cukai perlindungan daripada hasil pertanian penduduk Lembah Khaibar dan Lembah Qura.

YAHUDI DI ZAMAN SAHABAT

Khalifah Islam pertama iaitu Abu Bakar menggunakan pendekatan meneruskan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ketika hayat baginda terhadap orang Yahudi. Dilihat pula pada zaman khalifah Umar yang berjaya meluaskan empayar Islam sehingga ke Iraq (Babylon), Parsi (Iran), Mesir dan Jerusalem mengenakan sekatan meluas kepada orang Yahudi. Walau bagaimanapun, sekatan itu tidak dilaksanakan sebaliknya khalifah Umar memberi beberapa kelonggaran kepada orang Yahudi di Babylon kerana membantu menakluki Parsi.

Pada zaman saidina Ali, Yahudi mempunyai struktur maysrakat yang lebih tersusun. Mereka dibenarkan membuka sekolah pengajian Kitab Talmud

YAHUDI DI EROPAH 1

Jika kita lihat di Eropah, apa yang menimpa bangsa Yahudi cukup buruk. Mereka terpinggir dan terhina walau di mana mereka berada. Di Sepanyol, kerajaan Kristian melarang sama sekali bangsa Yahudi daripada memiliki tanah dan rumah. Malah, tidak dibenarkan berdagang dan berjual-beli dengan penganut Kristian. Apabila komplot yang dikong Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan Egica didedahkan, seluruh bangsa Yahudi di Sepanyol dijadikan hamba. Anak-anak mereka yang berusia tujuh tahun ke atas diberi pendidikan Kristian. Kemudian Yahudi membantu tentera Islam menjatuhkan Raja Roderic pada Julai 711 Masihi. Kerajaan Islam pimpinan Abdul Rahman ad-Dakhili yang melarikan diri daripada kerajaan Abbsiyah berjaya mendirikan kerajaan Islam Andalusia. Sebagai ganjaran, orang Yahudi diberi kebebasan dan keamanan yang mereka impikan.


Di Perancis, Yahudi lebih banyak kebebasan. Malah, mereka menikmati pelbagai keistimewaan di bawah pemerintahan Louis 1 (814-840 Masihi) apabila seorang doktor berbangsa Yahudi bernama Zedekiah dilantik sebagai penasihat sulit beliau. Di Jerman, selepas terpaksa membayar cukai khas kepada Raja, akhirnya Henry II (1002-1024) menghalau Yahudi yang tidak bertukar agama dari Mainz(nama tempat di Jerman)..

kronolgi yahudi ini kita akan sambung pada siri seterusnya. Kita akan membicarakan era hitam yahudi di Eropah...nk tulis terus blh je..tapi penat jugak..hehe..byk..kita akan jumpa pada siri ke 2..salam...

MERLIN: CHAPTER 3(LAST CHAPTER)

Posted by hararahizbullah Wednesday, May 19, 2010 0 comments




salam, baiklah kita smbung perkongsian ilmu kita tntg MERLIN ini...


shbt2..jika kita menonton (LOTR)LORD OF THE RINGS, kita melihat bahawa Gandalf mengembara ke alam Hobbit dan bertemu makhluk aneh yang bertelinga panjang yang jelas menampilkan suasana alam jin. Jika dilihat di dalam MERLIN: SHAMAN, PROPHET MAGICIAN karya JOHN MATTHEWS dinukilkan:

"Kita sudah melihat bahawa Merlin memilih untuk menyendiri untuk membolehkan bebas mengekalkan usianya dan memelihara kesihatannya. Ini boleh dijelaskan di dalam perembunyiaan para raja yang berada di antara langit dan bumi. Merlin kelihatan mampu mengembara ke satu alam lain untuk beberapa ketika dan dia menyendiri lagi bagi mempersiapkan diri untuk kembali".


Merlin juga berkata-kata sebelum dia menghilangkan diri diri dan masuk ke alam hibernasi iaitu:

"Aku tidak akan ditemui lagi selepas ini...dan dalam masa yang sama aku tidak akan keluar, tidak sesekali akan aku keluar, dunia ini tidak sesuai untuk aku ketika ini dan bukan kerana ia besi dan bukan kerana ia kayu bukan kerana ia batu tetapi ia hanya udara dan tidak yang lain..tarikannya sungguh kuat sehingga ia tidak boleh dilepas pergi..tidak aku tidak akan sesekali keluar (dari persembunyiaan)..Aku mendoakan semoga tuhan melindungi King Arthur dan negaranya, begitu juga untuk rakyat seluruh dunia."(SIR GAWAIN di dalam THE ENGLISH MERLIN)..




MERLIN AKAN MUNCUL DI AKHIR ZAMAN

Sebelum ini kita bincangkan bahawa Merlin adalah lelaki yang bersakti dan amat berpengaruh di dalam zaman kegemilangan King Arthur di England ketika itu..IMRAN HOSSEIN di dalam bukunya JERUSSALEM IN THE QURAN pernah berkata bahawa negara Britian lah DAJJAL kan menyebarkan penipuan dan pembohongannya. Oleh itu, benarlah apa yang dikata beliau bahawa DAJJAL akan muncul di England kerana JOHN MATTHEWS di dalam MERLIN: SHAMAN, PROPHET MAGICIAN menulis:

"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman.."

"Diam di pergunungan utara...bercucuk tanam dan menjalankan urusannya sendiri. Dia dikenali sebagai seorang tua, tinggal berseorangan di selatan. Siapa dia dan dari mana dia datang, saya tidak boleh menceritakannya. Mungkin lagneda yang mengatakan dia berasal dari iblis ada kebenarannya. Saya tidak mahu tahu. Kami menggelarnya yang terawal kerana menurut kepercayaan bahawa atau keturunan gergasi adalah yang pertama sampai ke pulau ini. Namun mereka tetap menggelarnya si tua.

shbt2..lihatlah dengan hakikat yang dibentangkan bahawa ini bukan sekadar filem semata-mata atau drama atau sekadar epik atau propaganda Barat..tetapi ia adalah sejarah yang misteri dan aneh yang tertulis..Ia seperti perkara yang benar pada hakikatnya tetapi tersembunyi di dalam lipatan sejarah. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai mati. Ia hilang di dalam sejarah yang dibinanya sendiri dan berjanji akan kembali lagi. Kini seolah-oleh di menanti untuk muncul semula....
untuk akhirnya..segala apa yang betul atau yg salah tentang kisah Merlin ini, ana mintak maaf..takut2 apa yg ana kongsi ini salah..niat ana ingin menyampaikan ilmu yang ana rasa semua org perlu tahu khususnya kita sebagai khalifah allah..sumber tulisan ini juga ana ambil dari buku MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL tulisan MUHAMMAHAD NURANI MAARIF...


inilah gambaran MERLIN yg dilukis oleh Alan Lee(pelukis Barat)

shbt2 kita doa bersama2 agar segala apa yang memberi keburukan, kecelakan kepada umat Islam di dunia dijauhi..Sekian sahaja dari ana untuk perkongsian ilmu yg cetek ini...insyallah selepas ini ana akan kongsi shbt2 tntg YAHUDI,sape yahudi ni, dari mana dia dtg sebenarya dan apa yng yahudi tlh lakukan dahulu dan masa kini kepada umat dunia ini..insyallah akan bertemu lagi andai jiwa dan roh yang dipinjam kan ini belum berpisah dari jasad,jk sudah terpisah rohku dan jasadku..maafkanlah segala kesalahan ku..salam kembara ilmu...HIDUP MATI UNTUK ISLAM..ALLAHUAKBAR..

MERLIN: CHAPTER 2

Posted by hararahizbullah Saturday, May 1, 2010 3 comments

salam..ribuan kemaafan kerana tertunda penulisan..tumpuan kepada exm:-)

baik. kita akan sambung perbincangan mengenai Merlin ini..walaupun telah dipindahkan siarannya pada waktu petang..tetapi epik kisah Merlin ini perlu kita kaji..



Di dalam sejarah Britian, nama Merlin dikaitkan dengan epik King Arthur(Seorang raja Britian)Didapati apabila disebut kisah King Arthur, akan pasti wujud watak Merlin akan ditemui. Ini bermakna Merlin memainkan peranan penting ketika zaman pemerintahan dan kegemilangan King Arthur. Merlin dikenali sebagai penasihat dan mentor kepada King Arthur..Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, Excalibur Sword, The Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah dikenali umum. Sejarah Britian amat terimbau dengan zaman kegemilangan King Arthur seolah-olah Britian ini lahir dari sebuah sejarah yang penuh misteri.

Sejarawan Barat pernah menyebut bahawa kisah penglibatan Merlin di dalam hal ehwal King Arthur dan Meja Bulat (The Round Table). Pemerhatian yang dilakukan kadangkala dia terlibat secara langsung, dia sering mencorak masa hadapan, ada ketikanya dia mengikuti mimpi rahsianya sendiri. Maka di sini dilihat bahawa dengan bentuk penyamarannya sebagai penggerak setiap kejadian, sebagai seorang yang mengetahui kejadian mendatang dan menentukan nasib King Arthur dan tenteranya. Maka inilah gambaran pertama yang boleh dikatakan bahawa Merlin adalah Dajal. Dengan bijak dia telah mengatur manusia dan mencorak zaman silam sekaligus membentuk masa akan datang.

MERLIN a.k.a DAJJAL

Kita akan mengenali perincian Merlin.. Bentuk dan paras rupa Merlin tidak pernah disebut dengan jelas. Dari banyak teks yang menulis tentang Merlin tiada satu pun tulisan-tulisan yang sama dengan tulisan yang lain dalam menggambarkan Merlin. Namun di dalam tulisan THE MERLIN OF PORIUS, tulisan Powys, John Cowper; menyebut Merlin sebagai seorang manusia yang menmpunyai susuk tubuh badan yang besar..Buku tersebut menyebut:

"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian Tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan suka kepada keindahan alam..dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculannya kembali ke bumi, zaman Saturn/Cronos, di mana Tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar"..

Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-oleh merujuk kepada kata Tamim Ad-Dari; Dajal seperti seorang gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menayampaikan ilmu, luas kefahamannya dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu huraian dari petikan di atas amat sesuai dengan sifat Dajal yang disebut dengan ringkas oleh Tamim Ad-Dari. Namun perlu diingat bahawa dia juga boleh merubah wajah dan bentuk fizikalnya dengan ilmu yang dimiliki. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Namun Dajal memilih bentuk penyamaran yang senang diterima orang.

KELAHIRAN MERLIN..MITOS ATAU REALITI??

Siapa sebenarnya Merlin yang disebut di dalam buku Robert de Borron yang menulis trilogi tentang Merlin bertajuk THE ROMANCE OF MERLIN (1195). Buku tersebut menukilkan:

" Menurut asal kejadiannya, iblis sungguh amat terganggu dengan perjalanan hal ehwal bumi. Maka diutuskan syaitan untuk menhamilkan wanita. Hasil benih ini lahir anak yang mempunyai keupayaan dan ilmu kuasa iblis..."

Jika dirujuk buku DAJJAL AKAN MUNCUL DI SEGITIGA BERMUDA, karya Muhammad Isa Daud, ada persamaan dengan nukilan di atas dan ia bukannya kebetulan dan bukan direkacipta malah ia umpama titik yang menemukan sejarah kelahiran Dajal. Merlin adalah epik Barat yang mengandungi seribu rahsia dan tanda tanya. Seluruh umat Islam khususnya rantau Melayu tidak pernah ambil pebuli malah kita tidak dapat melihat hubungan kisah Merlin dan Dajjal yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.. Kita menyangka bahawa kisah Dajal hanya berkisar di Semenanjung Arab dan tidak lebih dari itu. Padahal, watak dan ciri yang terdapat pada Merlin sama figur Dajal yang disebut Rasulullah s.a.w. John Matthews di dalam tulisannya mengatakan:

"Merlin mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan percantuman dua benih dari alam dunia dan langit dan dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan yang mengalahkan segala cabaran yang datang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran MAGIK DAN SIHIR, kemudian di mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya dapat di dengari oleh kita."

MERLIN BOLEH PANJANGKAN USIA??

QUETZALCOATL, LORD PASCAL, VIRACOCHA, IMHOTEP dan SHI HUANGDI..nama-nama silam ini sering dikaitkan dengan kebolehan hidup secara inkarnasi atau kelahiran semula ditampilkan...Percaya atau tak..Merlin juga tersenarai sebagai nama yang boleh melakukan sedemikian..John Matthews menukilkan di dalam MERLIN:SHAMAN, PROPHET MAGICIAN:

"Merlin adalah unsur halus (roh) di dalam bentuk manusia yang berubah bentuk pada zaman Vortigen sehingga munculnya King Arthur kemudian dia menghilangkan diri. Selepas itu, rohnya muncul lagi zaman Maelgwen Gwynned. Pada masa itu dia dikenali sebagai Talisesin dan dia dikatakan hidup di alam lain sebagai Caer Sidia. Kemudian dia muncul buat kali ketiga ketika anak Morfran Frych Esyllt memerintah...sehinggalah ke hari ini, dia dikatakan terus tinggal di alam hibernasi Caer Sidia di mana sesetengah orang percaya bahawa dia akan muncul semula sebelum kiamat tiba..."

Shbt2...tulisan Matthews ini menunjukkan bahawa Merlin adalah Dajjal yang bebas menjelajahi dunia. Dia Merlin a.k.a Dajjal yang dipanjangkan usia. Sepertimana yang kita maklum, jin dijadikan dari unsur api. Ini termasuklah alam kehidupannya yang dicipta dengan persekitaran yang dapat menampung unsur kejadian panas dan haba. Molekul dan atom api bergerak dengan lebih pantas dan cepat dan tidak seperti di alam dunia. Memasuki alam jin umpama memasuki alam hibernasi. Ia amat berlainan. Jika biasa mendengar kisah alam misteri, sudah tentu kita tahu jika manusia yang diculik dan dibawa ke alam jin atau bunian maka dia akan hilang berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya dan ketika dia muncul kembali dia akan berkata dia baru sehari dua tinggal di kampung bunian..Ini semua kuasa Allah s.w.t..

Maka dilihat sifat, perwatakan yang disebut di dalam karya-karya barat tentang Merlin dan ianya sama dengan sifat Dajal yang disebut2 di dalam Hadith..maka Merlin ini adalah Dajal ketika zaman kegemilangan Britian. Malah terdapat satu sajak yang dirangka oleh MERLIN sendiri yg menceritakan tentang dirinya yang berada di sempadan di antara nanusia biasa dan dirinya sendri dan dia juga hairan mengapa dia tidak mati.Perhatikan sajak yang ditulisnya sendiri:

Sweet appletree in the garden,
Frodden is the earth around its base,
The Men of Rhydderch see me not,
Gwenddydd no longer loves nor greets me,
I am hated by Rhydderch strongest scion,
I have despoiled both his son and daughter:
Death visits them all-why not me?..

...ikuti sambungan kisah MErlin dpt Chapter 3..kita akan rungkai tentang apa yang ada pada MERLIN...wslm

MERLIN...CHAPTER 1

Posted by hararahizbullah Wednesday, March 31, 2010 2 comments



salam, seribu kemafaan kpd shbt2 yang cuba link ke blog sy tetapi gagal..krn ada sedikit setting yg berubah pada akaun sy..sbb itulah blog ini sudah 2 bulan tidak di usik..



jadi pada kali ini,,sy akan cuba berkongsi dgn shbt2 tentang satu kisah yang mana kisah ini adalah kaitan kita dan juga hari2 akhirat yg bakal datang..kisah yang saya bawa ialah MERLIN...drama merlin ini ada ditygkan di tv3 dan sy turut mengikuti drama tersebut sbgai satu ilmu barat yang kita blh lihat apa tujuan mereka mewujudkan drama ini..the question is..who is MERLIN??..adakah ia sekadar drama semata2, atau mitos atau manusia yg ada kuasa magis seperti yang ditygkan di dalam drama yang disiarkan di tv3 tersebut??..itu yg sy akan kongsi kepada shbt2...

Nama Merlin sebenarnya bukanlah asing di bumi Eropah, sejarah hidupnya bukan sahaja popular sebagai mitos atau epik atau lagenda ttpi sebahagian dari sejarah lama yang tidak dapat dibuktikan...Merlin ini dikatakan sebagai satu aset penting yang bertanggungjawab untuk mendirikan Stonehenge, guru kepada King Arthur dan perancang kpd zaman keemasan England dan menjadi mastermind dlm kebangkitan bangsa Anglo-Saxon..Dia seolah2 hero yg mahu memuliakn dan menggangkat semula martabat satu bangsa yang hina, bangsa yg dahulunya dikenal sebagai "barbarian" yg hidup di dalam penuh kegelapan. Dia ini juga dikenali sebagai pawang, bomoh tua yang mempunyai pelbagai kuasa sakti malahan ada juga yg mengangkat Merlin ini sebagai prophet mereka atau sebagai Nabi mereka.




Kehidupan Merlin dikenali sebagai watak yang penuh dengan warna kehitaman dan kegelapan. Pada waktu yang lain. wataknya dilihat sebagai penuh dengan warna putih dan cahay. Dilihat sifat ini seolah-olah sama dengan watak Gandalf di dalam filem trilogi LOTR..Ada sejarawan yg merujuk bahawa watak Gandalf itu merujuk kepada Merlin.Watak Merlin mempunyai pengaruh besar di dalam konspirasi ketika New Age dan New World di Eropah.

Kisah Merlin ini bermula di Britian. Sejarah Merlin ini penuh dengan misteri. Dia menjadikan Britian sebagai tempat bermula dia membina epiknya seakan-akan dia ingin mengatur sesuatu dan merancang sesuatu bermula di Britian. Dan sejarawan menyebut bahawa Merlin ini wujud dengan bukti dia pernah hidup dengan manusia. Buktinya dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya banyak terlibat dengan pembangunan sejarah Britian sejak zaman Geoffrey of Monmouth hingga Mary Stewart. Juga sebagai mastermind dalam pembinaan kerajaan King Arthur.



Puluhan malah ratusan teks atau buku-buku yang mengatakan bahawa Merlin ini betul-betul wujud. Antaranya John Matthews bertajuk Merlin: Shaman, Prophet and Magician Beliau telah mengumpulkan lebih 100 rujukan ketika menulis buku ini..[to be continued in chapter 2]* chapter 2 pula akan kita bongkar tentang kaitan Merlin dan Dajjal seperti yg ditulis sendiri oleh sejarawan Barat..jadi tgguu...:-)

BAHANA HARI KAFIR VALENTINE...

Posted by hararahizbullah Saturday, February 13, 2010 1 comments


Slm, sepintas lalu sejarah hari KAFIR VALENTINE INI...

Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.



AMALAN untuk meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) setiap 14 Februari amat bercanggah dengan syara’ kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak.

Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh unsur maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas.

Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005.



Melalui sejarah Valentine, jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St.Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St.Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Ia turut dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, umat Islam khususnya remaja diminta agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih.

Berikut adalah amalan yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada hari berkenaan:

1. Berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis atau parti untuk menyambut hari tersebut.

2. Menghantar kad-kad ucapan dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

3. Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Adalah juga sangat mengecewakan kerana wujud segelintir pihak yang sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut

Fikirkanlah shbt remaja ku sekelian..adakah kita layak digelar umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi menyambut hari kejatuhan Islam??..adakah kita dapat syafaatnya....fikirkanlah dengan iman dan taqwa