Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala (Al Umm juz VII ms 04) bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:
“Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”
(Surah Shaad ayat 26)
Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab
“Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka” sampai kepada “Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.”
(Surah Al-Maidah ayat 49)
Firman Allah lagi
“dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhatihatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu”
Firman Allah Taala selanjutnya:
“Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”,
Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:
Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.
Makna “adil” ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).
Firman Allah:
“Sesiapa yang taat kepada , Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah”.
Firmannya lagi .
“Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan”
dan berfirman lagi:
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya “takut”.
Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah kitab Allah kemudian sunnah NabiNya s.a.w. Tidak boleh seseorang Mufti atau seorang hakim memberi fatwa atau menghukum sehingga masing-masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu dari keduanya”
Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat “nas-nas dari keduanya barulah ijtihad.”
Keterangan Imam Al-Shafiee ai dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan”konsep pimpinan dalam Islam” selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama’ penghulu, guru-guru, da’ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber pimpinan yang tertinqgi ialah
Al-Quran,
Al-sunnah
Ijtihad dan perkara yang hendak disuburkan dari pimpinan itu ialah keadilah ilahi dan matlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w. tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala.”
Mewujudkankan pimpinan yang diredhai Allah
Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara’ berdasarkan kepada ijamaa’ulummah, di antara ayat-ayatnya
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung”
maksud ayat (A1-Imran 104).
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan “hendaklah ada di antara kamu” merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, “mereka itulah orang yang beruntung” menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a’in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang …”
Maksud ayat (Al-Taubah 71)
Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang munkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut “
maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki.
Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: “ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar
Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara’ meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Perkara yang “mungkar” ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa
“yang maaruf” itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.
Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh
Satu perjuangan yang diberi nama “perjuangan Islam” hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.
Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.
Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar
Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.
Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.”
(Surah Al-Rum ayat 21).
Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil denqan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam pimpinan tersebut.
Contoh yang lain Allah berfirman
Maksudnya: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang husyu’ dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,’
(surah al-Mu’minun ayat 1 - 11)
Contoh yang lain Allah berfirman: ” Dan (hamba hamba yang baik dari Tuhan) yang maha penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereke. Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhanku! kami jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal.” Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diiaaramkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diqanti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah,mereka, lalui )sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
Dan orang-orang yang berkata: `Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai biji mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan mertabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.”
(Surah al-Furqan ayat 63-75)
Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa ujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.
Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin
Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da’i atau seorang yang pada hari itu sebagai mehteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masingmasing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma’ ulama’ al-wmcrah nengenainya. Diantaranya ialah:
Muslim,’akil baligh dan laki-laki
Adil
Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Berilmu
Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai’n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara’yang berkaitan dengan pimpinan.
Mempunyai kudrat, kemampuan.
Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.
Beradab mengikut akhlak Islam,
Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria’ dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.
Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.
Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah
Ciri terpenting dalam perjuagan dan pimpinan Islam Bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.
Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan .”Mustalihul Hadith”. Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dam mana yang furu’. Berkaatan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, Kerana kitab-kitab yanq original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam pimpinan, hingga merebak kepada masysrakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.
Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam neqara Islam
Al-Farra’ Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:
Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama
Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah
Menjaga kesejahteraan umat
Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah
Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh
Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam.
Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara’.
Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan.
Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara.
Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.
Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.
Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya
Di antaranya:
Hendaklah memulakan “kebaikan” maaruf daripada dirinya sendiri.
Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Dan bagi seseorang majikan hendaklah “membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya.”
Pimpinan ketua tentera
Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.
Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:
Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah , kedudukan mereka, janganlah mereka itu terlalu dikawal biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia kedudukanmu.
Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu kamu sendirilah yang bertutur dengan mereka.
Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal tugasmu.
Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah mesyuaratmu.
Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu sehingga kamu menyeledikinya. Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu. Hendaklah bersiap sedia
Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang lain akan menjadi pengecut:
Pimpinan guru terhadap muridnya
seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali
Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara’
Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.
Kesimpulan
Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:
“Konsep pimpinan dalam Islam” merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.
Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.
Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu.
Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.
Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.
Penutup
“………Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.
Ya Tuhan’ kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. ”
(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)
Wallahu a’lam
Alkisahnya, baru-baru ini, selepas isu penggunaan nama Allah berkumandang semula akibat sebuah bahan bercetak menyiar lafaz kalimah Allah, maka timbul desas-desus berhubung Agnes Monica pula.
Terkini.. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meminta supaya lagu Agnes Monica yang berjudul 'Allah Peduli' diharamkan.
MAIS Mahu Lagu Agnes Monica Diharamkan
SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama) -- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul "Allah Peduli" kerana liriknya antara lain menyebut "..sebab Allah Yesusku mengerti."
Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.
"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica. Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.
"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.
Beliau berkata Mais akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.
"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya.
Rasanya saya boleh faham kenapa lembaga agama seperti Mais mahu haramkan lagu 'Allah Peduli' itu berbanding lagu-lagu lain yang tak kalah unsur kebatilannya. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada lembaga agama yang peka, prihatin dan peduli terhadap isu-isu yang menyentuh akidah seperti ini.
Saya sokong langkah Mais 300 peratus dengan beberapa pertanyaan dan sedikit komentar. Adalah menjadi harapan saya agar pihak jabatan agama tidak marahkan saya dengan pertanyaan dan komentar sebegini.
Pertamanya sebelum saya menyorot pandangan dan komentar peribadi, izinkan saya kepilkan lirik lagu 'Allah Peduli' itu di bawah ini. Saya berbuat begini kerana, menurut Pengerusi Mais, beliau sendiri belum pernah mendengar lagu itu.
ALLAH PEDULI
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti
Mereka yang mahu menonton klip video berjudul Allah Peduli, sila rujuk http://www.youtube.com/watch?v=-x_0ChywET8
Harus diakui masyarakat kita masih ortodoks dalam beberapa segi. Di Indonesia, memang sudah terbiasa penggunaan lafaz 'Allah' bagi penganut Kristen Katolik. (Malah, saya dengar, Muslimin di sana juga tidak sukakan pernikahan berbeza agama ini. Tetapi, undang-undang negara telah membenarkan pernikahan antara dua agama itu dilaksanakan.)
Ketika berlaku gempa bumi di Jogjakarta tak lama dulu, saya dikirim ke sana bersama Yayasan Amal PAS untuk liputan. Di sebuah desa mundur, kami langsung terkejut juga apabila melihat terbentangnya suatu kawasan kubur di mana kubur orang Islam dan Kristian sebelah-menyebelah dalam suatu kawasan.
"Si suami Muslim dan di situ isterinya yang beragama Kristen Katolik," kata seorang pemuda ketika membawa kami berjalan-jalan sekitar kampung. Penduduknya tidak ramai. Sukar melihat penduduk yang memakai kasut. Rata-rata mereka berkaki ayam sahaja. Memang mereka terbiasa dengan kehidupan sebegitu agaknya.
Maka penggunaan nama Allah adalah lafaz biasa. Saya mendapat tahu bahawa di Mesir, ada mazhab Arab Kristian yang juga menggunakan kalimah Allah dalam khutbah agama. Ini lumrah biasa bagi masyarakat Arab Islam di Mesir walaupun sesekali ketegangan agama memuncak sesama mereka.
Jika kita menonton filem komedi Mesir, Hasan wa Morcos, tentulah kita sedikit sebanyak faham mengenai hal ini. Pendek kata, ada baiknya masyarakat kita jadi ortodoks pemikirannya buat sementara waktu walaupun hati saya resah melihatkan keadaan ini.
"Berkahwin dengan ahli kitab itu sah dan ia bertujuan mengembangkan dakwah walaupun kita pun tahu bahawa rata-rata orang Melayu Islam kita mahu nikah dengan Minah Salleh, bukan atas alasan dakwah pun," kata saya kepada Joni.
Joni ketawa berdekah-dekah lantas mengasak pertanyaan, "Walaupun nanti ada kemungkinan anak kita berpindah agama?"
Ini yang susahnya. Saya mengharapkan supaya wujudnya satu saf pemuda yang akan menikahi gadis-gadis Melayu yang telah memeluk Kristian. Itulah sebabnya kenapa saya meminta agar negara mempertimbang hal itu. Saya sebutkan hal ini kerana saya ambil peduli tentang urusan kehidupan beragama rakyat Malaysia hari ini.
Dan, atas sebab itu juga saya rasa ada 'bagusnya' masyarakat kita masih lagi ortodoks. Saya boleh menjawab pertanyaan khalayak dengan bantuan Allah, tapi akhbar kita tidak menyediakan ruang wacana yang sihat, ahli-ahli agama masih lagi takut-takut mahu bersuara menyatakan pendirian tersendiri melainkan memutar kembali fatwa klasik, dan mengitar semula qaul-qaul lama daripada imam mazhab terdahulu.
Sebagai contoh.. mari kita renungkan kembali kes lagu Agnes Monica yang dibahaskan mengenai lagunya Allah Peduli itu. Kalau kita teliti, banyak lagu-lagunya yang 'hit' juga. Lagu Allah Peduli tidak termasuk dalam lagu-lagu hit. Stesen penyiaran radio seperti Hot FM, Suria FM, Era dan lain-lainnya agak mustahil memutarkan lagu tersebut.
Mereka akan putarkan lagu-lagu kegemaran anak muda. Peranan deejay radio sendiri amat besar. Jika deejay sukakan lagu itu, nescaya diputarkannya kerana lagu itu dianggap sebagai lagu kegemaran para pendengar juga. Makin ramai pendengar radio itu, maka makin banyaklah iklan yang akan 'masyuk'. Inilah resam perniagaan.
Lagu Allah Peduli itu bukanlah termasuk dalam kategori jenis lagu yang sedap didengar seperti sesetengah lagu nasyid keagamaan pada zaman-zaman dahulu, kecualilah nasyid kontemporari Raihan, Hijjaz dan sebagainya.
Perlu diingat juga bahawa penggiat nasyid kontemporari ini adalah lulusan 'madrasah' nasyid al-Arqam sebelum kumpulan dakwah itu diharamkan gerakannya. Kehadiran kumpulan inilah yang mencetuskan fenomena nasyid kontemporari negara yang kemudiannya diikuti kumpulan nasyid lain.
Anak-anak muda kita akan menyanyikan lagu yang rentaknya rancak, seronok didengar seperti lagu Agnes Monica yang lain seperti lagu 'Matahariku' yang menjadi lagu tema sinetron Jelita di TV3.
Klip video 'Matahariku' itu kenapa tidak diharamkan?
Barangkali, lagu 'Matahariku' itulah antara lagu-lagu Agnes Monica yang tidak mengelirukan pendengar.
Ah! Tapi, kalau lagu itu mengundang kekeliruan pendengar pun, anak-anak muda termasuk orang dewasa tetap akan menyanyikannya termasuk saya sendiri. Dalam kes lagu 'Matahariku', ia adalah lagu hit selepas lagu Tak Ada Logika.
Diakui, saya sendiri pun sukar menangkap maksud pengertian 'Sbab Allah Yesus ku mengerti' sebagai yang tertulis dalam rangkap lagu 'Allah Peduli' itu. Malam ini, saya sedang menonton filem Superman Returns di TV2. Baru saya nampak juga pertalian Kal-El (clark Kent @ Superman @ Hercules) dengan Jor-El (bapa Superman @ Zeus?)
Ingatan saya terhimbau kepada persamaan watak-watak Isa bin Maryam (Yesus Kristus) dengan Tuhan yang berada di dalam syurga, Uzair (Ezra) yang didakwa anak Tuhan, dan Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) yang ayahnya disifatkan sebagai Dewa Matahari.
Apakah semua watak-watak rekaan ini dihubungkaitkan dengan Hercules anak Dewa Zeus iaitu ketua segala dewa yang mengisi kepercayaan Yunani kuno?
Aduh! Betul juga. Pening betul mahu memahami maksud 'Sbab Allah Yesus ku mengerti' ini. Lebih mudah kalau menyanyikan lagu Matahariku, dendangan Agnes Monica. Siapalah yang menulis lirik lagu Allah Peduli itu pun saya kurang pasti.
Lagu Matahariku senang difahami sehinggakan, jika klip video Matahariku itu ditayangkan di TV3, saya sanggup berhenti mengarang demi menghayati keindahan lirik dan lagunya termasuk menghayati bentuk susuk tubuh Anges Monica yang sedang berkemban saat menyanyikan lagu Matahariku itu.
Tetapi, siapakah yang peduli kepada soal mahu mengharamkan klip video itu daripada terus disiarkan di televisyen? Ada ramai orang yang lebih peduli kepada lagu Allah Peduli berbanding 'Matahariku' yang menampakkan putih ketiak penyanyi itu. Lagu Allah Peduli bercorak keagamaan. Mungkin Agnes lebih peduli soal adab sopan saat menyanyikan lagu itu.
Saya ini masih bujang lajang. Tiada siapa yang berani peduli dalam mempertikai estetika, citarasa, selera saya kepada Agnes Monica. Lelaki kita bebas menyatakan pendirian tentang selera dan citarasanya ke atas wanita Mongolia, Kemboja, Korea, China dan lainnya. Yang salah ialah, tindakan membunuh dengan meledakkan tubuh wanita dengan C4. Itu saja.
Syahadan.. siapa yang peduli sangat untuk mengharamkan penyiaran iklan produk Silky Girl berharga RM1.50 yang siarkan tubuh halus mulus para gadis muda bergetah yang terjelir-jelir lidahnya dari Afrika, United Kingdom, Amerika, Serani, China itu? Tiada siapa peduli barangkali dan kita lebih peduli untuk mengharamkan lagu 'Allah Peduli' sahaja.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Mais lantaran sikap mereka yang peduli mengenai lirik lagu Allah Peduli walau pun mereka belum pernah lagi mendengar lagu tersebut. (Demikian menurut kenyataan dalam laporan berita itu).
Syahadan wal arakian.. akhir pertanyaan peribadi, siapakah yang ambil peduli kehadiran lagu Allah Peduli itu sehingga sanggup tampil kehadapan untuk memberitahu pihak lembaga agama Islam mengenai lagu itu?
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5314166608629167570" />
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5314166301165949458" />
Nabi Muhammad Saww bersabda : “Barangsiapa yang tiada mengasihi manusia maka Allah-pun tiada mengasihinya!” (Kanz al-‘Ummal, hadits ke : 5972)
Di Dalam ajaran Islam, Mengasihi Sesama Manusia adalah bagian terpenting dari ajaran Nabi Muhammad saww dan Ahlul Baitnya. Mencintai umat manusia adalah realisasi dari ajaran al-Qur’an, yang mana pengutusan Nabi Muhammad Saww merupakan rahmat dan wujud kasih sayang Allah SwT atas Alam Semesta ,“Tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat (Ku) atas Alam Semesta” (QS Al-Anbiya’ [21] ayat 107)
Ayat di atas sekaligus menjelaskan tujuan dari diutusnya Muhammad saww sebagi Rasul dan Nabi, yaitu memanifestasikan Kasih Tuhan ke seluruh penjuru semesta.
Di dalam hadits lainnya diriwayatkan Rasulullah saww bersabda, ”Demi Yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, tidaklah masuk Surga kecuali orang yang memiliki rasa kasih sayang.”
Para sahabat menyahut, “Kami semua memiliki kasih sayang!”
Nabi berkata, “Bukan itu yang kumaksudkan, kalian bisa dikatakan sebagai orang yang memiliki kasih sayang jika kasih sayang kalian juga dilimpahkan kepada seluruh umat manusia dan alam semesta” 79]
Mungkin kita pernah berdoa, ”Ya Allah, kasihanilah kami” Tetapi bagaimana jika ditanyakan kepada kita,”Apakah kalian sendiri juga suka menyayangi?”
Atau hampir setiap waktu kita berdo’a, “Ya Allah, maafkanlah kami” Tetapi bagaimana jika ditanyakan kepada kita,”Seberapa banyak kalian telah memberi maaf kepada manusia?”
Nabi Saww bersabda, “Allah Yang Maha Rahman mengasihi dan menyayangi orang-orang yang memiliki kasih sayang, karena itu kasihilah mereka yang di bumi niscaya mereka yang di langit juga mengasihimu!” 80]
Rasa belas kasih berarti kepekaan terhadap kondisi atau status dari semua ciptaan Tuhan, baik itu manusia, binatang atau bahkan tumbuh-tumbuhan. Seseorang tidak mungkin bisa memiliki rasa belas kasih kecuali jika ia memiliki kepedulian kepada kebutuhan dan kondisi-kondisi orang lain.
Allah ‘Azza wa Jalla mewajibkan Zakat dan Khumus atas kaum muslimin untuk membebaskan kaum yang lemah, yatim piatu, para janda, orang-orang miskin dan tertindas demi jiwa kaum muslimin itu sendiri. Sebab kepekaan, dan kepedulian kepada mereka yang lemah (dlu’afa) merupakan stimulasi untuk membersihkan jiwa (nafs) agar tumbuh pula kecintaan dan kasih sayang dari jiwa yang telah tersucikan tadi.
Bahkan puasa yang diwajibkan pada bulan Ramadhan itu pun bertujuan untuk itu (‘illat), sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ja’far al-Shadiq as, “Allah mewajibkan puasa untuk mempersamakan si kaya dan si miskin. Dengan puasa orang kaya akan merasakan derita lapar untuk menumbuhkan rasa belas kasihnya kepada si miskin, karena selama ini si kaya tidak pernah merasakannya. Allah menghendaki untuk menempatkan makhluk-makhluk-Nya pada suatu pijakan yang sama dengan jalan membuat si kaya turut merasakan nestapanya lapar, sehingga ia menaruh belas kasih kepada
KISAH SUFI ABU BIN ‘AZHIM
Diriwayatkan bahwa seorang sufi besar, Abu bin Azhim, suatu waktu terbangun di tengah malam. Kamarnya bermandikan cahaya. Di tengah tengah cahaya itu ia melihat sesosok makhluk, seorang malaikat yang sedang memegang sebuah buku. Abu bin Azhim bertanya: “Apa yang sedang anda kerjakan?” “Aku sedang mencatat daftar pecinta Tuhan”, jawab sang malaikat.
Abu bin Azhim ingin sekali namanya tercantum sebagai salah seorang pencinta Tuhan di dalam daftar tersebut. Dengan cemas ia mencoba melongok ke daftar itu, tapi kemudian ia sangat terpukul dan kecewa, karena ternyata namanya tidak tercantum di daftar tersebut.
Ia pun bergumam: “Mungkin aku terlalu kotor untuk menjadi pecinta Tuhan, tapi sejak malam ini aku ingin menjadi pecinta manusia”. Beberapa hari kemudian ia terbangun lagi di tengah malam. Kamarnya dipenuhi cahaya terang benderang, malaikat yang bercahaya itu hadir lagi.
Abu bin Azhim kembali mencoba melihat daftar para pencinta Tuhan, dan ia pun sangat terkejut, karena namanya tercantum pada papan atas daftar pecinta Tuhan. Ia pun bertanya kepada sang malaikat sambil terheran-heran, “Aku ini bukan pecinta Tuhan, aku hanyalah pecinta manusia, bagaimana mungkin namaku tercantum sebagai salah seorang pencinta Tuhan?”. Sang malaikat pun menjawab, “Baru saja Tuhan berfirman kepadaku bahwa engkau tidak akan pernah bisa mencintai Tuhan sebelum kamu mencintai sesama manusia” 82]
Rasulullah saww juga bersabda, “Kecewa dan Merugilah orang yang Allah tidak mengaruniai di dalam hatinya rasa kasih sayang kepada umat manusia.”83]
Mencintai Rasulullah saww sama dengan mencintai Allah SwT, mencintai orang tua kita sama dengan mencintai Allah SwT, mencintai sesama manusia sama dengan mencintai Allah SwT. Seorang ‘Arif bi Allah, yaitu, Ahmad ibn Muhammad al-Sawih al-Maliki al-Khalwati berkata, “Engkaulah Muhammad, pintu Allah (Baab Allah), tanpa engkau tidak sampai orang kepada-Nya. Dia, Muhammad, pintu Allah yang agung dan rahasia-Nya (sirruhu), yang membanggakan. Sampainya seseorang kepada Muhammad juga sampainya orang itu kepada Allah, karena sesungguhnya dua hadhrat (Allah dan Muhammad) adalah satu dan siapa yang membedakannya berarti dia belum mengenyam nikmatnya Ma’rifah!” 84]
Kita akan mendengar satu kisah lagi yang sangat indah yang berkenaan dengan Ahlul Bait Nabi-Nya, yaitu percakapan Imam Husain as, yang saat itu masih kanak-kanak, dengan ayahnya, Imam Ali as, sang Insan kamil.
DIALOG IMAM HUSAIN AS DENGAN AYAHNYA
Sewaktu masih kecil Imam Husain as (cucu Rasulullah saww) bertanya kepada ayahnya, Imam Ali as, “Ayah, apakah engkau mencintai Allah?”
Imam Ali as menjawab, “Ya, Tentu!”
Lalu Husain kecil bertanya lagi, “Apakah engkau mencintai kakek dari Ibu?” (maksudnya Rasulullah)
Imam Ali as kembali menjawab, “Ya, tentu saja!”.
Imam Husain bertanya lagi, “Apakah engkau juga mencintai Ibuku?”
Lagi-lagi Imam Ali as menjawab, “Ya, Tentu saja aku mencintai ibumu”
Husain kecil kembali bertanya, “Apakah engkau juga mencintaiku?”
Imam Ali as tersenyum dan menjawab, “Ya, tentu saja aku juga mencintaimu!” Terakhir kali Husain kecil bertanya,”Ayahku, bagaimana bisa engkau menyatukan begitu banyak cinta di dalam hatimu?”
Imam Ali as kemudian menjelaskan kepada puteranya yang sangat dicintainya itu, “Wahai Anakku, pertanyaanmu hebat! Ketahuilah, cintaku pada kakek dari ibumu (Nabi saww), ibumu (Fathimah as) dan kepadamu sendiri adalah karena cintaku kepada Allah. Karena sesungguhnya semua cintaku itu adalah cabang-cabang cintaku kepada Allah Swt”
Setelah mendengar penjelasan ayahnya itu, Husain kecil tersenyum mengerti. 85]
MENCINTAI MANUSIA SAMA DENGAN MENCINTAI TUHAN
Mencintai manusia, pada hakikatnya, sama dengan mencintai Tuhan, karena manusia dan alam ini adalah manifestasi-Nya juga.
Di balik nama-nama Muhammad, Ali, Fathimah, Hasan, Husain atau pun isteri, anak-anak kita, atau siapa pun, sejatinya, di sanalah bersimpuh wajah-Nya dan manifestasi dari nama-nama-Nya.
Al-Qur’an bahkan mewasiati kita agar kita saling nasihat menasihati di dalam menetapi kebenaran, kesabaran dan kasih sayang! : “Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (yaitu) melepaskan budak dari perbudakkan, atau memberi makan pada hari kelaparan, kepada anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir, dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.” (Lihatlah al-Qur’an Surat Al-Ashr dan QS 90 : 17)
Rasulullah saww bersabda :
“Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang
dan menyayangi orang-orang yang memiliki kasih sayang
dan Dia melimpahkan Rahmat-Nya
atas orang-orang yang memiliki kasih sayang”
(Kanz al-‘Ummal hadits ke : 10381)
Bahana kemelut politik Perak bukan sahaja menimpa nasib Dato Mohamad Nizar tetapi juga ke atas mereka yang telah menggunakan internet untuk menghina Sultan yang telah menitahkan Dato Seri Nizar meletakkan jawatannya.
Hari ini enam orang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi Internet. Seorang mengaku salah dan didenda RM10,000.
Ini adalah kali pertama kerajaan menggunakan Akta Komiunikasi dan Multimedia untuk bertindak ke atas pengguna Internet.
Kesemua enam orang itu mengutuk Sultan Azlan Shah atas peranannya dalam krisis dua Menteri Besar di Perak yang tercetus selepas Barisan Nasional melancarkan rampasan kuasa.
Sultan Azlan Shah tidak berkenaan untuk mengadakan pilihanraya bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri.
Baginda sebaliknya melantik Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar walaupun Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat masih Menteri Besar sah di sisi perlembagaan dan tidak meletak jawatan.
Di Kuala Lumpur, seorang pembantu makmal mengaku bersalah menghina Sultan Azlan Shah menerusi Internet dan didenda RM10,000.
Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana karyanya "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksima RM50,000 atau hukumen penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Jika gagal membayar denda tersebut, Azrin berdepan dengan hukuman penjara lima bulan.
Di mahkamah sama, Muslim Ahmad didakwa atas tuduhan serupa. Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Muslim dibebaskan dengan ikatjamin RM3,000. Kesnya akan disebut pada 8 April.
Manakala di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan sama. Mereka ialah Chan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang.
Di Sabah, seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Dalam pendakwaan kira-kira jam 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Beliau dibenarkan ikat jamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 bersama dua penjamin. Kes itu akan dibicarakan pada 25 dan 26 Mei depan.
Manakala di Petaling Jaya pula, seorang juru ukur tanah berusia, Nor Hisham Omar 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghantar komen bersifat jelik melalui Internet untuk menghina Sultan Perak.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.
Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini.
1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan”. Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat. (Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin.net).
2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.
3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.
4. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.
5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.
6. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.
7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.
8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).
9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah dan soalan juga masih dwibahasa.