Di dalam konteks masyarakat jahiliyyah, uzlah wujud hanyalah uzlah berbentuk perasaan sahaja. Tidak mungkin uzlah yang praktikal dalam menjadi sempurna di dalam misi dakwah. Uzlah yang praktikal tidak akan sempurna kecuali selepas terdirinya masyarakat muslim uyang dikuasai oleh syariat Allah s.w.t dan melaksanakan segala undang-undang dan kekuasaannya. Maka di sinilah terbentuknya pengasingan yang praktikal. Jikalau misi dakwah boleh berfikir pada peringkat pertamanya untuk terus beruzlah daripada masyarakat jahiliyyah dan hidup di padang-padang pasir dan gua, tindakan ini akan menyebabakan dakwah menjadi beku dan jauh daripada manusia yang merupakan bahan mentah bagi dakwah Islamiyyah.
Disebabkan itu Rasulullah s.a.w masih menetap di Mekah dan tidak tinggal di dalam gua yang terdapat di sekitar bukau Mekah. Baginda tidak membiarkannya taghut Mekah sahaja malah Baginda menyampaikan dakwah dan solat di perkarangan Kaabah sewaktu dikelilingi sebanayak 360 buah berhala.
Para pendakwah yang mengharungi pertempurannya dengan jahiliyyah hendaklah mengingati keagungan Allah dan kekuatanNya di dalam hati dan melihat manusia yang menyakitinya dengan penuh kelembutan dan kasih saying. Alangkah betulnya ungkapan yang menyebut: “Ya Allah! Ampukanlah kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu”.
Sesungguhnya tindakan melarikan diri daripada masyarakat jahiliyyah adalah suatu yang termudah kepada para pendakwah daripada menghapuskan kekufuran. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Rabi’ah bin Ubad katanya: Saya melihat Nabi s.a.w pada masa jahiliyyah berjalan di pasar Zul Majaz dan berkata: “Wahai manusia!. Ucaplah La Ilaha Ilallah nescaya kalian akan Berjaya”. Lalu orang ramai berkumpul kepadanya dan dibelakang Baginda terdapat seorang lelaki bermata juling yang mempunyai dua ikatan sanggul. Beliau berkata: “Dia seorang pendusta”. Lelaki tersebut bertanya siapakah ia. Mereka memberitahu ia adalah bapa saudaranya, Abu Lahab .
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, terdapat riwayat Ibnu Mas’ud berkata: “Sewaktu Nabi s.a.w bersolat di Masjidil Haram, Abu Jahal dan teman-temannya sedang duduk dan kelmarin mereka telah melakukan penyembelihan di situ. Maka Abu Jahal berkata: “Siapa di antara kalian yang sanggup pergi ambil bangkai sembelihan sesiapa pun dan letakkannya di atas bahu Muhmmad apabila dia letakkannya di atas bahu Muhammad apabila dia sujud?”. Lalu seorang lelaki yang paling jahat di antara mereka mendapatkannya, sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w sujud, ia pun meletakkannya di atas bahu Baginda. Kata Ibnu Mas’ud mereka semua ketawa dan memandang sesama sendiri sedangkan saya hanya melihat sahaja. Jika saya mempunyai kekuatan sudah pasti saya akan membuangnya dari bahu Rasulullah s.a.w. Nabi terus sujud dan tidak mengangkat kepala sehingga seseorang pergi menemui Fatimah. Dia pun datang lantas membuang bangkai tu dan berpaling kepada mereka serta mencaci mereka semua. Sebaik sahaja Nabi habis bersembahyang, Baginda mengangkat suaranya dan berdoa. Kebiasaannya apabila apabila Nabi berdoa, beliau akan berdoa tiga kali. Baginda berkata: “Ya Allah! Engkaulah yang menjatuhkan hukuman ke atas Quraisyh” sebanayak tiga kali. Apabila mendengar suaranya, mereka berhenti ketawa dan takutkan doanya. Kemudian Nabi berkata: “Ya Allah! Hancurkanlah Abu Jahal bin Hisham, Utbah bin Rabi’ah, Shaybah bin Rabi’ah, al-Walid bin Uqbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu’it. Baginda menyebut yang ketujuh tetapi saya terlupa. Demi Tuhan yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran, sesungguhnya saya melihat nama-nama yang disebut itu mati pada hari peperangan Badar.
Dalam kisah ini, Nabi s.a.w. tidak keluar daripada Mekah malah baginda terus berada di situ menghadapi jahiliyyah, meruntuhkan kepercayaan karutnya dengan al-Quran dan menhancurkan segala unsurnya dengan sebuah organisasi yang mengambil anggotanya di celah-celah suasana jahiliyyah yang tebal tersebut.
Al-Syahid Syed Qutb berkata di dalam muqadimah surah al-Ra’ad;
“Sesungguhnya generasi hari ini yang hidup di dalam jahiliyyah yang mana al-Quran turun untuk menghadapinya, mereka tidak bergerak dengan al-Quran tersebut dalam menghadapi jahiliyyah sepertimana generasi awal yang diturunkan kepada mereka al-Quran buat kali pertamanya itu bergerak…, tanpa gerakan ini, manusia tidak dapat lagi memahami rahsia-rahsia al-Quran, Orang yang duduk tidak akan dapat memperolehi rahsia al-Quran dan segala maknanya tidak diketahui kecuali insan yang percaya kepadanya dan bergerak dengannya untuk menghadapi tentangan jahiliyyah bagi mencapai makna dan intisarinya. Maka dengan sebab itulah makna dan intisari al-Quran telah hilang daripada capaian generasi sekarang. Begitu juga semua istilah-istilahnya juga telah terpesong dari makna sebenar
Maka, renung-renungkanlah wahai gerakan dakwah Islam, adakah kita bersedia dari segi ILMU, ROHANI, TARBIAH DALAMAN???..Jika masih kurang, maka kuatkanlah ILMU, ROHANI, TARBIAH DALAMAN..Jika sudah cukup, berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir..TAKBIR..ALLAHUAKBAR…
0 comments