MAHFUZAN GADDAFI LUBIS AL-TAMARLI

ismi MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD, sedang menyambung pengajian di dalam Master in Syariah di UKM...

diriku seorang insan yang berjalan dimuka bumi Allah ingin mencari keredhaan Allah...diriku juga ingin mencari apa yang dikatakan sebagai ketenangan yang hakiki.....dan berada di dalam barisan harakah islamiah yang terus berjuangan menentang kebatilan yang berkuasa...

KESALAHAN PEMIMPIN BOLEH DISEBAR!!

Posted by hararahizbullah Tuesday, June 30, 2009




Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahan oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.
Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.
Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam. Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut:

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat (mendedahkan) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumoat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya “Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?”

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terangan. Walau bagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.




Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.
Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.
Oleh itu marila kita yang ditaklifkan sebagai khalifah, untuk berada di belakang pemimpin yang benar dan saksama, Jganlah kita berada di belakang pemimpin yang keji dan zalim…

1 Responses to KESALAHAN PEMIMPIN BOLEH DISEBAR!!

  1. wan nuruddin Says:
  2. syukron..

    ust, boleh saya tau ust petik dari kitab mana? nak jadi sebagai bahan bacaan..

     

Post a Comment