MAHFUZAN GADDAFI LUBIS AL-TAMARLI

ismi MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD, sedang menyambung pengajian di dalam Master in Syariah di UKM...

diriku seorang insan yang berjalan dimuka bumi Allah ingin mencari keredhaan Allah...diriku juga ingin mencari apa yang dikatakan sebagai ketenangan yang hakiki.....dan berada di dalam barisan harakah islamiah yang terus berjuangan menentang kebatilan yang berkuasa...

MAMA..PAPA..TOLONG...SAKIT SEMUT GIGIT...KENAPA SAYA KENA BUANG???

Posted by hararahizbullah Saturday, February 13, 2010



salam..sekali lagi bukti semakin ramai umat manusia yang tidak berperkemanusiaan telah terbukti...kes-kes buang bayi semakin lama sehingga saat ini sering melengkapi ruang utama dada akhbar..PERSOALANNYA..KENAPA??..kenapa tubuh bayi yang gebu lagi sempurna ini..adakalanya masih bertali pusat DIBUANG SEPERTI SAMPAH2 BIASA??..

Penemuan-penemuan bayi yang dibuang terus di laporkan..dan yang terbaru BAKAR BAYI DI DALAM TONG SAMPAH??APA!!BAKAR DALAM TONG SAMPAH??...Astgafirullah al azim..knp manusia jadi begini..tidak pernah dengarkah tentang neraka yang menjulang2 api wujudnya..mana keperikemanusiaan..tidak kesiankah melihat tubuh-tubuh comel kecil itu sedang dihurungi semut2, ulat2, kadang2 masing mengeliat, merengek2..ishhh...

shbt2 malysia..marilah kita melihat tentang isu ini yang wajib kita ketahui..kes-kes buang bayi ini menunjukkan bahawa zina terus meningkat di kalangan remaja dan belia..keruntuhan akhlak ini adalah disebabkan nafsu syahwat syaitan yang terus bergelora ditambah pula dengan virus2 barat yang sentiasa terus menyerang iman dan akal umat islam...Sedarlah wahai shbt remaja dan belia ku sekalian..Kalian adalah bakal peneraju perjuangan dakwah Rasulullah..tidak malulah kalian melakukan perkara yang terkutuk sedangkan kita memerlukan syafaat baginda di akhirat kelak...Bayi itu mempunyai hak untuk hidup..kenapa dinafikan hak hidupnya dengan cara yang begitu kejam..KEJAMMM!!!...



shbt2..Sekarang masanya untuk kita duduk bersama, bermuhasabah dan membincangkan ketempangan akhlak dan moral yang semakin meruncing dan mengambil tindakan lanjutan untuk menanganinya.

Siapa daripada kita yang dapat menyangkal mengenai kepentingan institusi keluarga itu sendiri?

Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

Justeru, penting sekali untuk diingatkan kepada ibu bapa agar mendidik anak-anak dengan baik.

Bukanlah isunya “membalas dendam” - sekiranya sewaktu kecil dahulu kita tidak dibesarkan dalam keluarga yang sejahtera – namun berkaitan dengan soal pilihan.

Pilihan justeru ada di tangan kita. Pilihlah yang baik dan sejahtera untuk kehidupan kita dan generasi kita selepas ini.

Apakah suluhan yang lebih baik daripada cahaya dan panduan agama itu sendiri? Justeru, rujuklah kembali penyelesaian agama dalam membangun sebuah keluarga yang sakinah.

Demikian juga tanggungjawab pemerintah dan pihak berwajib. Janganlah kerana terlalu taksub dan teruja dengan situasi politik yang ada sekarang sehingga mengabaikan tugas asasi yang terpikul di bahu masing-masing.

Agenda pembangunan ummah dan kebajikan perkara nombor satu yang harus diutamakan.

Pada hemat kami, tentulah yang paling dipertanggungjawabkan dan harus cakna mengenai isu ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Malah badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan persatuan-persatuan yang banyak tumbuh di laman kampus juga harus menggalas tanggungjawab ini - mendidik masyarakat dan juga mahasiswa mengenai bahayanya gejala-gejala sosial seumpama ini.

Kami insaf dengan tanggungjawab kami, dan dengan itu kami akan menyokong penuh dan membantu segala cadangan dan gerak kerja yang baik oleh kerajaan dan pihak berwajib.

Bagaimanapun, kesedaran seseorang individu tetaplah yang paling utama. Kami menggesa semua pihak, khususnya seluruh wanita Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, agar sama-sama beringat-ingat dan berjaga-jaga.

Jangan lagi sebagai wanita, kita rela dan mudah diperlakukan sewenang-wenangnya. Bukan sedikit kes yang timbul akibat sifat terlalu "mudah percaya" kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Kukuhkanlah diri dengan jati diri wanita yang baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera.

0 comments

Post a Comment