Salam, sebelum penulis bermadah, izinkan penulis memohon kemaafan kepada shbt2 yang mengikuti blog ana kerana sudah lama ana tidak update blog ana..kerana kesibukan sana-sini,…Jadi ribuan kemaafan.
Sbht, Allah s.w.t menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan yang banyak pada bulan Ramdhan. Kelebihan ini satu petanda anugerah khusus daripada Allah s.w.t buat umat Nabi Muhammad s.a.w. Kelebihan-kelebihan yang diperolehi umat sebelum daripada ini, walaupun kewajipan berpuasa ini difardhukan oleh Allah kepada mereka juga. Antara kelebihan yang wujud di dalam bulan Ramadan ini ialah Allah melipatgandakan amalan yang kita lakukan. Dan amalan yang dilakukan oleh umat Muhammad ini, termasuklah soal perjuangan Islam. Apa yang perlu difahami umat Islam khususnya pada pejuang-pejuang Islam ini, perjuangan pada bulan Ramadhan diberi kelebihan oleh Allah sama seperti mana solat, tadarus dan sebagainya. Sebab itu kalau kita lihat dalam sejarah perjuangan Islam khususnya umat Muhammad, banyak peristiwa yang besar berlaku dalam bulan Ramadhan.
Antaranya peperangan Badar al-Qubra pada 17 Ramadhan. Begitu juga pembukaan kota suci Mekah, kemudian peperangan Ahzab yang berlaku dalam bulan Ramadhan juga. Pembukaan Yaman, Mesir, Mekah adalah perjuangan Islam yang besar ditunjuk oleh Rasulullah dan Rasulullah sengaja mewujudkan perjuangan ini dalam bulan Ramadhan kerana dalam bulan ini mempunyai kelebihan yang besar, di samping menyentuh hubungan sesama manusia termasuk soal perjuangan. Kerana perjuangan ini banyak menghubungkan manusia dengan manusia secara langsung akan membabitkan manusia dengan Allah. Saya menyeru kepada semua pejuang-pejuang yang menjadikan Allah adalah tujuan, Rasulullah sebagai teladan, al-Quran sebagai pedoman, Jihad sebagai jalan juang dan Mati syahid adalah cita-cita yang tertinggi meningkat semangat perjuangan di dalam memperjuangkan Islam yang syumul ini.
Dalam perjuangan ini apabila kita memperoleh keberkatan daripada Allah maka sudah tentulah akan tercapai matlamat. Jadi kesempatan ini Ramadhan ini seharusnya kita digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti kita supaya jemaah ini memperoleh keberkatan daripada Allah dan sekali gus Allah akan menganugerahkan kemenangan kepada kita dalam tempoh yang terdekat ini.
Kita perlu pastikan perjuangan ini mesti mendapat restu daripada Allah. Kerana dari sudut kekuatan berbanding dengan musuh adalah lebih kuat daripada kita, maka kita kena cari kekuatan yang diperoleh daripada kita yang tidak diperoleh oleh musuh iaitu kekuatan pertolongan daripada Allah Taala. Maka pertolongan daripada Allah adalah paling hebat melalui bulan Ramadhan..
Akhir kata, susunlah barisan usahlah terleka, bersatu teguh mara bersama, moga Islam akan terus subur di bumi Malaysia.
0 comments