
Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahan oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.
Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.
Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam. Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut:
1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.
2. Perbuatan mengumpat (mendedahkan) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumoat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya “Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?”
4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terangan. Walau bagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.
6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.
Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.
Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.
Oleh itu marila kita yang ditaklifkan sebagai khalifah, untuk berada di belakang pemimpin yang benar dan saksama, Jganlah kita berada di belakang pemimpin yang keji dan zalim…

Assalamualaikum wrtbh...ahlan wasahlan ila jamiah watoniah malaziah kepada pelajar2 baru yang baru mendaftar di kolej masing2 pada 28 jun 2009..selamat dtg ke perbukitan ilmu bangi ini dan syabas dan tahniah kepada pelajar2 baru kerana diterima masuk ke ukm sedangakn jutaan yang ingin memohon masuk ke UKM ini..Shbt2..Universiti adalah satu wadah atau wasilah kepada shbt2 untuk mencapai matlamat dan cita2 shbt2 sekalian.Inilah tempat shbt2 untuk menimba ilmu supaya dapat mengharungi samudera kehidupan yang semakin mencabar.
Di Universiti juga shbt2 perlu pandai dan bijak membuat keputusan dalam segala hal di dalam Universiti ini kerana berbagai perkara yang baik atau buruk terdapat di dalam alam mencari ilmu ini..kita juga perlu mendukung falsafah UKM, jangan kita hanya berikrar menyebut falsafah UKM atau melaung2kan falsafah UKM tetapi kita tidak mendukung dengan sewajarnya malah membuat perkara yang berlawanan dengan falsafaha, misi dan visi UKM itu sendiri..
Akhir kata kepada shbt2 yang baru bergelar mahasiswa, carilah ilmu di UKM ini sedalam-dalamnya dan carilah kebaikan sebanyak-banyaknya..Sekian..Wassalam
pejuang-pejuang Islam sekalian, marilah kita menunggu dan menyaksikan perkembangan selanjutnya yang menjadi bukti-bukti kebenaran sejarah silam. Apabila kita kembali kepangkuan Islam, insyallah kita akan diberikan kemenangan. Sebaliknya apabila kita meninggalkan Islam, kita akan menerima penghinaan dari musuh-musuh. Apabila Saidina Umar al-Khattab melawat Baitul Maqdis, beliau menyampaikan ucapan:
Kita adalah suatu kaum yang diberi kemuliaan oleh Allah swt disebabkan dengan agama yang kita anuti. Sekiranya kita mencari kemuliaan melalui cara yang lain daripada Islam, kita akan menerima penghinaan dari Allah swt
Oleh itu, marilah kita membina generasi Islam sekarang dengan binaan Islam berdasarkan aqidah yang tepat dan pegangan yang luhur setelah penjajah gagal membawa kebaikan kepada kita di dalam segala bidang. Penjajah yang telah mengajar kita supaya mencontohi sistem pendidikan, kebudayaan dan ekonomi mereka, telah gagal memberikan kemuliaan kepada kita. Penjajah telah mengajar kita agar melaksanakan keadilan kedapa masyarakat kita: Demikian juga, penjajah yang telah membina ketenteraan kita berdasarkan hawa nafsu dengan memberikan peluang untuk melakukan apa sahaja yang bercanggahan dengan moral dan akhlaq, telah gagal memberikan kekuatan kepada kita. Oleh yang demikian tinggalkanlah warisan penjajah dan kembalilah kepangkuan Islam supaya kita dikurniakan keadilan, kemuliaan dan kekuatan.
Sesungguhnya penjajah telah lama menjadikan kita sebagai orang yang boleh dicucuk hidung supaya mereka mudah memperhambakan kita demi kepentingan mereka. Sehingga kerana merekalah, membuatkan kita bangun mengangkat senjata untuk membela dan mempertahankan kepentingan penjajah di negara-negara Islam. Kita tidak lagi berjuang mempertahankan aqidah dan bumi Islam, sebaliknya kita sanggup bergadai nyawa untuk meneruskan penguasaan penjajah-penjajah ke atas ummat dan negara Islam.
Cukuplah peritiwa yang kita alami di dalam peperangan Dunia ke-2 mengajar kita, di mana ramai tentera-tentera Islam terkorban kerana memelihara kepentingan penjajah. Ummat Islam di Malaysia, Indonesia, India, negara-negara Arab dan lain-lainnya diletakkan dibarisan hadapan untuk menghalang dan melambatkan kemaraan tentera Jepun dan Jerman demi menyelamatkan nyawa kaum penjajah. Kita diberi semangat dan pujian sehingga kita sanggup mengorbankan nyawa bagi memberikan kesempatan kepada penjajah dan kaum keluarga mereka menyelamatkan diri.
Apabila kaum penjajah berjaya menyelamatkan diri bersama keluarga dan harta benda mereka, kita dikerahkan untuk menentang Jepun dengan terpaksa menanggung berbagai kesengsaraan, demi kepetingan penjajah sedangakn mereka tinggal di rumah2 sebagai penonton. Kemudian kita berbangga dengan pujian Inggeris tentang kepahlawanan kita di medan perang, tanpa menyedari bahawa kita telah dijadikan anjing buruan yang digunakan untuk menguasai kita kembali....

Di dalam konteks masyarakat jahiliyyah, uzlah wujud hanyalah uzlah berbentuk perasaan sahaja. Tidak mungkin uzlah yang praktikal dalam menjadi sempurna di dalam misi dakwah. Uzlah yang praktikal tidak akan sempurna kecuali selepas terdirinya masyarakat muslim uyang dikuasai oleh syariat Allah s.w.t dan melaksanakan segala undang-undang dan kekuasaannya. Maka di sinilah terbentuknya pengasingan yang praktikal. Jikalau misi dakwah boleh berfikir pada peringkat pertamanya untuk terus beruzlah daripada masyarakat jahiliyyah dan hidup di padang-padang pasir dan gua, tindakan ini akan menyebabakan dakwah menjadi beku dan jauh daripada manusia yang merupakan bahan mentah bagi dakwah Islamiyyah.
Disebabkan itu Rasulullah s.a.w masih menetap di Mekah dan tidak tinggal di dalam gua yang terdapat di sekitar bukau Mekah. Baginda tidak membiarkannya taghut Mekah sahaja malah Baginda menyampaikan dakwah dan solat di perkarangan Kaabah sewaktu dikelilingi sebanayak 360 buah berhala.
Para pendakwah yang mengharungi pertempurannya dengan jahiliyyah hendaklah mengingati keagungan Allah dan kekuatanNya di dalam hati dan melihat manusia yang menyakitinya dengan penuh kelembutan dan kasih saying. Alangkah betulnya ungkapan yang menyebut: “Ya Allah! Ampukanlah kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu”.
Sesungguhnya tindakan melarikan diri daripada masyarakat jahiliyyah adalah suatu yang termudah kepada para pendakwah daripada menghapuskan kekufuran. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Rabi’ah bin Ubad katanya: Saya melihat Nabi s.a.w pada masa jahiliyyah berjalan di pasar Zul Majaz dan berkata: “Wahai manusia!. Ucaplah La Ilaha Ilallah nescaya kalian akan Berjaya”. Lalu orang ramai berkumpul kepadanya dan dibelakang Baginda terdapat seorang lelaki bermata juling yang mempunyai dua ikatan sanggul. Beliau berkata: “Dia seorang pendusta”. Lelaki tersebut bertanya siapakah ia. Mereka memberitahu ia adalah bapa saudaranya, Abu Lahab .
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, terdapat riwayat Ibnu Mas’ud berkata: “Sewaktu Nabi s.a.w bersolat di Masjidil Haram, Abu Jahal dan teman-temannya sedang duduk dan kelmarin mereka telah melakukan penyembelihan di situ. Maka Abu Jahal berkata: “Siapa di antara kalian yang sanggup pergi ambil bangkai sembelihan sesiapa pun dan letakkannya di atas bahu Muhmmad apabila dia letakkannya di atas bahu Muhammad apabila dia sujud?”. Lalu seorang lelaki yang paling jahat di antara mereka mendapatkannya, sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w sujud, ia pun meletakkannya di atas bahu Baginda. Kata Ibnu Mas’ud mereka semua ketawa dan memandang sesama sendiri sedangkan saya hanya melihat sahaja. Jika saya mempunyai kekuatan sudah pasti saya akan membuangnya dari bahu Rasulullah s.a.w. Nabi terus sujud dan tidak mengangkat kepala sehingga seseorang pergi menemui Fatimah. Dia pun datang lantas membuang bangkai tu dan berpaling kepada mereka serta mencaci mereka semua. Sebaik sahaja Nabi habis bersembahyang, Baginda mengangkat suaranya dan berdoa. Kebiasaannya apabila apabila Nabi berdoa, beliau akan berdoa tiga kali. Baginda berkata: “Ya Allah! Engkaulah yang menjatuhkan hukuman ke atas Quraisyh” sebanayak tiga kali. Apabila mendengar suaranya, mereka berhenti ketawa dan takutkan doanya. Kemudian Nabi berkata: “Ya Allah! Hancurkanlah Abu Jahal bin Hisham, Utbah bin Rabi’ah, Shaybah bin Rabi’ah, al-Walid bin Uqbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu’it. Baginda menyebut yang ketujuh tetapi saya terlupa. Demi Tuhan yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran, sesungguhnya saya melihat nama-nama yang disebut itu mati pada hari peperangan Badar.
Dalam kisah ini, Nabi s.a.w. tidak keluar daripada Mekah malah baginda terus berada di situ menghadapi jahiliyyah, meruntuhkan kepercayaan karutnya dengan al-Quran dan menhancurkan segala unsurnya dengan sebuah organisasi yang mengambil anggotanya di celah-celah suasana jahiliyyah yang tebal tersebut.
Al-Syahid Syed Qutb berkata di dalam muqadimah surah al-Ra’ad;
“Sesungguhnya generasi hari ini yang hidup di dalam jahiliyyah yang mana al-Quran turun untuk menghadapinya, mereka tidak bergerak dengan al-Quran tersebut dalam menghadapi jahiliyyah sepertimana generasi awal yang diturunkan kepada mereka al-Quran buat kali pertamanya itu bergerak…, tanpa gerakan ini, manusia tidak dapat lagi memahami rahsia-rahsia al-Quran, Orang yang duduk tidak akan dapat memperolehi rahsia al-Quran dan segala maknanya tidak diketahui kecuali insan yang percaya kepadanya dan bergerak dengannya untuk menghadapi tentangan jahiliyyah bagi mencapai makna dan intisarinya. Maka dengan sebab itulah makna dan intisari al-Quran telah hilang daripada capaian generasi sekarang. Begitu juga semua istilah-istilahnya juga telah terpesong dari makna sebenar
Maka, renung-renungkanlah wahai gerakan dakwah Islam, adakah kita bersedia dari segi ILMU, ROHANI, TARBIAH DALAMAN???..Jika masih kurang, maka kuatkanlah ILMU, ROHANI, TARBIAH DALAMAN..Jika sudah cukup, berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir..TAKBIR..ALLAHUAKBAR…
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
Azilah, 33, dan Sirul, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.
Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.
Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.
Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.
Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.
"Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman," katanya.
Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.
Peguam Sirul - Hasnal Rezua Merican - berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.
Punca songsangnya falsafah hidup, keperibadian dan peradaban adalah kerana berkiblatkan akal minda yang dengkel. Walaupun zahirnya terserlah kehebatan duniawi golongan tersebut tetapi hakikatnya mereka sendiri terbeban dengan dunia karut ciptaan mereka sendiri. Kembalinya kita pada Islam yang syumul bukan sahaja seorang muslim bahkan mukmin yakni “melakukan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran” akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat kerana tujuan hidup yang sangat sementara ini adalah sangat subjektif bergantung pada individu.
Beberapa siri temubual dan kajian ringkas yang dijalankan secara spontan terhadap pelbagai lapisan masyarakat, didadapati apabila seorang manusia yang faham akan ajaran agama yakni Islam jawapan untuk tujuan kehidupan kita sangat ringkas tetapi sangat luas meliputi jangkauan akal, masa dan tujuan.
Cubalah anda pergi kepada sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, kawan-kawan, golongan professional, para jutawan malah sesiapa sahaja maka tanyalah mereka “Apakah tujuan kita hidup?” dan nantikan jawapan mereka yang pelbagai. Jawapan pada kesempurnaan hidup yang hakiki hanya ada di syurga, itulah tujuan sebenar kita ini hidup di dunia yang sememangnya sementara ini.
Bertepatan dengan tujuan kita dicipta oleh Allah di dunia ini yang telah dinyatakan oleh Allah sendiri di dalam Al-quran yang bermaksud ,
“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”.
Ayat ini menjelaskan bahawa tugas dan tanggungjawab manusia adalah untuk beribadat kepadanya yang berlandaskan pada hanya Al-quran dan Hadis Rasulullah sendiri. Kemudian Allah menjelaskan bahawa kita, yakni umat nabi Muhammad adalah umat yang terbaik diciptakan dalam ayat yang bermaksud,
“Kamu adalah sebaik-sebaik umat yang diciptakan dari kalangan manusia untuk melakukan yang baik (ma’aruf) dan melarang kemungkaran (mungkar) dan beriman kepada Allah”. 
Maka wajiblah kita meletakkan syurga sebagai dasar dalam tujuan dalam kehidupan kita ini, syurga juga satu perkataan yang digunakan oleh agama lain bagi menggambarkan kesudahan hidup yang penuh nikmat dan abadi selepas kematian seseorang penganut agama tersebut.
Kristian, Budha, Hindu dan beberapa macam agama yang telah wujud di dunia ini telah meletakkan syurga sebagai pengakhiran yang tertingi selepas kematian. Dengan itu terciptalah filem-filem yang mahu menggambarkan tentang keindahan syurga oleh para pencipta filem dari Hollywood, Bollywood dan sebagainya, malah pernah terjadi dalam sejarah, penguasa atau raja-raja dahulukala ingin mencipta syurga mereka sendiri yang akhirnya sekarang ini menjadi tatapan tinggalan sejarah. Yang mereka sendiri telah tinggalkan dunia yang fana ini tetapi dalam masa yang sama tertanyakah kita apakah mereka sedang menikmati syurga ciptaan mereka itu, maka kesianlah kiranya syurga Allah pun tidak jadi balasan pada mereka akhirat kelak.
Sesungguhnya janji nikmat syurga Allah pada hamba yang mukmin adalah suatu yang tidak perlu kita fikirkan kerana ianya ternyata di luar bidang imiginasi manusia itu sendiri. Dengan memperoleh kehidupan nikmat yang kekal abadi, tiada hari tua, tiada sifat durja bahkan segalanya adalah kesempurnaan yang kita cari pada hari ini, ada di sana. Macam mana sekalipun kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia ini ternyata hanya sisipan kenyataan sahaja tapi di syurga kelak bukan omong kosong atau khayalan visualisasi tapi kenyataan yang agung akan terbukti.
Apalah sangat untuk menjadi hamba Allah yang baik!? Kerana sememangnya fitrah manusia dijadikan dengan Ar-rahim Allah jua, ketika mana roh-roh berlegaran di luh-manfuz (arash) yakni sebelum ditiupkan akan roh ini ke dalam ketulan lembaga bayi di dalam rahim ibunya, mereka ini telah berjanji kepada Allah untuk taat dan patuh pada segala perintah dan larangan. Setelah berusia enam bulan maka roh-roh ini ditiupkan ke dalam janin maka bermulalah episod pengembaraan hidup di alam fana ini. Ini bermakna kita memang ciptaan yang terbaik dan sudah dibekalkan dengan sifat kebaikan yang pastinya bersesuaian dengan fitrah ajaran Islam. Ini juga telah disahkan oleh Rasulullah yang telah bersabda bermaksud,
“Setiap anak itu dilahirkan dengan fitrah (Islam) maka kedua ibu bapalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani ataupun majusi”
Maka apabila syurgalah yang menjadi eleman ketaatan kita pada Allah kita sedar bahawa menjadi seorang mukmin adalah suatu nikmat yang hanya Allah sendiri yang memberikanya. Bagaimana kerana rindukan lambaian syurgalah para mujahid yang berjuang fi sabilillah pada era Rasulullah malah era seterusnya sanggup mengorbankan apa sahaja demi Islam. Nyawa, pangkat dan harta bukan ukuran nikmat yang mampu menggoyah pendirian para jiwa yang mencintai kematian kerana mereka tahu tingginya darjat siapa yang syahid di medan perang kerana menegakkan agama Allah. Mereka ini amat digeruni oleh lawan yang hanya berpaksikan ego, nama, harta, kesombongan dan ternyata maut adalah sesuatu yang mereka mahu hindari. Bahkan kalau mereka mampu milikinya dengan harta benda nescaya mereka akan berusaha mendapatkannya, akhirnya sedarlah mereka bahawa apa yang mereka agungkan dan banggakan hanyalah sia-sia belaka walhal pada masa tersebut telah terlambat.
Bolehkah kita fikirkan dimanakah para syuhada yang terdahulu berada sekarang? Adakah mereka masih menderita seksa sama seperti mereka hidup dahulu? Adakah mereka masih daif dan hina sedangkan mereka sedang merasakan nikmat dari salah satu dari taman syurga walaupun hanya berada di alam barzakh? Setiap hari yang dihitungkan mereka adalah untuk menuju puncak nikmat hakiki janji Rabbul Jalil yakni syurga tanpa hisab. Para syuhada ini akan terus melalui titian sirat sepantas kilat dan terus ke destinasi kenikmatan abadi. Tertanya kita,bagaimanakah diriku ini ya Allah!? Adakah layak syurgaMu untukku? Tiadakah ruang sisa syurgaMu untuk kami ini? Wahai saudaraku janganlah ditanya padaNya!
Tanyalah pada diri kita apa penyebab yang membolehkan Allah membenarkan dengan rahmatnya untuk diri kita masuk ke syurganya. Sesugguhnya syurga itu sememangnya tercipta untuk sekalian umat manusia. Maka jadilah mukmin yang sentiasa bekerja dan berusaha mendapat rahmat Allah yang pasti balasannya adalah syurga walaupun layak kita pada syurga yang paling bawah. InsyaAllah. 


